Day 21 to 24

Day 21: Your Favorite Picture of K-pop girl bias.

Archivo:185336 226149394088298 224769970892907 563163 2891328 n.jpg

       Cantikkan..  Nama pun idol memanglah kena cantik. Gambar ni aku search jer dekat yahoo. yeah pak cik yahoo memang amat berguna dalam saat-saat macam ni. Aku rasa korang dah tahu kan kenapa aku pilih eun ji apink sebagai bias aku. tak tahu? kan aku dah tulis dekat challenge day 4... Kenapa tak baca? Ah! aku nak merajuk dengan korang. BYE! *menyorok bawah katil*

*keluar balik* bawah katil aku ada cicak. lupe plak. let's go to the next challenge!

Day 22: Your Favorite Picture of Your K-pop Group


L dalam gamba ni cool gile. Pastu semua-semua paling sangat comel! (tatabahasa aku rosak) ahahahahahahahaa.. okey, aku dah jadi saiko 8D wait! aku rasa aku pernah letak gambar ni. Takpelah... aku letak lagi sekali :P

Day 23: A picture of a K-pop Idol do You Think is Underrated 


   Karam from The Boss/ DGNA. Seriously bukan Karam sorang jer underrated tapi kumpulan The Boss memang tak berapa terkenal dekat korea. Diorang cuma terkenal dekat jepun jer tapi aku tak berapa sangat lah nak dengar J-pop. :( Please buat comeback dekat korea lagi... satu lagu tak cukup~

   Time aku tengah search gambar Karam aku tetiba jumpa satu blog ni. Bila aku baca memang aku terkejut The Boss asal daripada Xing. Selain tu Kevin (u-kiss), Ki bum (u-kiss former member) ngan jun hyung (beast) pun pernah masuk kumpulan tuh. And I was like O.o.. I am kissme, beauty and love the boss but I didn't even know bout that. Bile aku tengok music video Xing yang lame tajuk lagu tu Study Abroad aku nampak Kevin dengan Junhyung.. yang lain aku tak kenal.. Lagipun aku tak paham sangat history pasal Xing since Xing ramai former member.. but they've been through a lot right? :( Apsallah lambat sangat aku minat kpop.

Okay, aku dah melalut tajuk lain.. Next Challenge!

Day 24: A Picture of K-pop Idol Who you Think is Overrated

I like her eyes!
    Aku rasa Kim Hyuna 4 minute is  overrated. She is too popular... she done solo plus now she been in troublemaker now. Pastu music video hyuna kat youtube baru beberapa hari jer dah dapt berjuta. Bukannya aku tak suka hyuna tapi tak boleh ke cube entertainment bagi ahli 4 minute lain buat solo jugak. Kenapa mesti hyuna jer? Hyuna tak penat ke? It's not like I hate her. I know she's talented, pretty and sexy. Then sometime she's kinda funny and look pretty different when her onstage. I mean when her onstage she's kinda sexy, hot and fierce but when offstage she's look innocent, cute and funny. (Does she have duo personality or something?) Cuma aku nak ahli 4 minute yang lain pun popular macam hyuna (Yaeh..I am 4nia XD) Tapi bile dengar cube entertainment nak buat cube sub group lagi. Aku rasa excited sangat. Aku harap sub group lagi satu tu akan jadi daebak macam troublemaker.

     Dah cukup la tuh. Tahun depan aku sambung buat challenge lagi. errr.. I mean esok. ahahahaha.. =,= okayyy aku tahu tak lawak pun. dah diam! kbye!

Day 20: Your favorite picture of your guy k-pop bias

      Aku baru nangis sebab drama yang aku tengok tu sedih sangat. Tadi aku tengok The Princess's man. Walaupun drama tu sedih, banyak orang mati tapi happy ending. Mula-mula aku pun tak percaya hero ngan heroin tu hidup lagi... Sudahlah.. kalau aku melalut panjang-panjang pun bukannya korang paham. huahuahua. Lepasni aku nak tengok Flower Boy Ramyun Shop :D

    Okayyyyyyyy.. back to the challenge! Untuk challenge ni aku nak tunjuk gambar L. Bukan sesaja tapi dah challenge tu favourite picture guy k-pop bias. Aku nak bagi amaran kat korang. Jangan usha lama-lama.. itu boyfriend aku okey...


   Dahlah.. satu cukup.. aku malas nak bagi korang tengok gambar lain yang aku save sebab aku nak fangirling sorang-sorang.. hahaha.. sengalkan... lagipun tajuk atas tu  "Your favourite picture of your guy k-pop bias" ...means a picture.. so I should just put one right?

Annyeong :)

Buat animated gif secara online.

     Assalamualaikum dan selamat pagi... lalalala... emm well.. camne nak cakap..ummm.. hari ni aku nak cuba ajar korang buat gif image dekat gifsoup.com. Sebenarnya aku pun baru.. baru sangat dalam buat-buat gif image ni. Newbie tapi dah nak ajar orang... lalalala :P Tapi ada orang tanya macam mana aku buat.. meyza nama die.. blog die comel :). Jadi ini cara aku buat gif image yeh.. bukan tutorial.. ahakahak... dah dah.. straight to the point!

Mula-mula pergi dulu dekat gifsoup.com



    Mula-mula create an account dulu. Account ni cuma account biasa jadi aku nak bagitahu hasil gif image korang nanti takdelah cantik mane... kalau nak yang cantik guna premium account.. tapi kena bayarlah. Aku tahu korang mesti nak free jer kan XD lol.. aku pun same. Webcam to GIF tu untuk record video dengan webcam then jadikan GIF. Guna webcam lagi senang. Tapi sekarang aku nak ajar cara convert video daripada youtube jadi gif image.

    Sudah create? okay now bukak youtube.com serch video yang korang nak gif kan. Sini aku nak bagi tahu better ambik video yang hd sebab kalau bukan hd, video tu blur.. nanti kalau gif kan mesti lagi bertambah blur.. so tak nampak ar muka bias korang yang hensem tuh.


Copy link. aku rasa semua orang tahu.


   Pastu paste link video then create gif. Tunggu la kejap... Kadang- kadang time nak attach video ada problem sikit sebab web tu tak dapat nak cari video tu kat youtube. But just cuba dua tiga kali tau.


Nak ambik part dalam video yang korang nak gif kan cuma guna yang butang mula tu dengan akhir. Gerakkan dekat part yang korang nak. Then dia akan jadi camni:



    Lepastu isi category, title ngan add tags. tu wajib. Pastu yang gif size, text, fond and bla bla bla tu untuk premium account. Account biasa tak boleh.

Dah isi, now preview. Takut ada terambik part yang korang taknak ker.. Kalau dah ok boleh save!



     Yang benda benda atas tu untuk korang nak letak gif image dekat blog, twitter or tumblr. Kalau nak post kat entry copy html code for web pastu paste ajelah dekat edit html. Ok semua orang dah tau sume tu kan. Kalau ada error apa-apa masa buat, korang janganlah nangis. Cuba lagi sekali! Usaha tangga tangga kejayaan.. che wah~ Nak tengok aku punya camne..

Ta.. da!!!


     Youngmin! Actually aku nak belajar buat gif yang lagi cantik. Tapi tak reti sebab aku ni newbie kan... huhuhhu.. Dah siap! Jom tengok drama korea~ lalalala... :D

Day 19: Your favorite interview of a k-pop idol or group

      Assalamualaikum.. Hari ni challenge aku buat sangat awal sebab esok aku nak tengok drama. Memang takde benda lain aku boleh buat cuti ni selain daripada tengok drama. Aku rasa aku macam nak letak interview pasal teen top.. tapi aku rasa video tu lebih kepada talk show.


   Kelakar interview ni. Actually video ni dah lama. Niel jadi mc and semua soalan yang ditanya sumenyer pelik-pelik. Part yang aku suka:

Question: I accindently saw one of my member cellphone, and it's full of a picture of me. After that I will?
Niel: So there chunji hyung cellphone and then you, changjo see it.
Changjo: But it's full picture of me.
Niel: yeah.
Changjo: oh my god
Chunji: *laugh*
Changjo: What I'm going to do about it?
CAP: I will.. I will like him.
Niel: Why? why?
CAP: well I..
Chunji: Love him?
CAP: It's not love.
Chunji: It's love!
CAP: No!
L.Joe: But between guys it's a bit.. like having one is okay but..
CAP: No! It's not love but it's more like finding the other one good looking.
Changjo: But..
CAP: I have some picture of Niel in my cellphone.
Niel: *become stiff*
L.Joe: Wait a minute!
Ricky: If we understand wrongly it could be a huge problem.
CAP: It's because he was cute and he's my dongsaeng. Can't I do it?
Niel: But why do you have only mine? *stiff*
CAP: I also have ricky.
Ricky: *become stiff*
Chunji: You don't have mine?
Changjo: You don't have mine either?
Ricky: Ah. that's scary. I have to be careful from now on.
Niel: I.. I have to be careful about CAP hyung now. Yeah, we have to be careful! We have to watch over CAP hyung.
CAP: I took it because you were cute.
Niel: *ignore* So we'll move onto the next question now. 

      lol...kelakar doh tengok niel macam takut takut jer dengan cap. Then chunji dengan changjo selamba jer tanya gambar diorang ade ke tak? Seriously cap making the situation look awkward.. hehe...but still cute. Dari awal interview sampai habis aku asyik gelak jer tengok diorang jawab soalan. Chunji comel~ 

P/s: leggo to sleep people!!!

Day 18: A k-pop idol you wish was your younger sibling

      Annyeonghaseyo... Aku tak dapat nak cari guy kpop idol yang muda dari aku. Kena terima kenyataan yang aku masih muda.. Dan tak layak dipanggil noona.. noona jimaaaa~ eh, tetiba nyanyi lagu teen top plak. Sebenarnya kalau girl kpop idol ramai jer yanglagi muda dari aku. Tapi taknak lah pilih perempuan.. hohoho gatal! padahal nak pilih dongsaeng jer pun. ahhh! Biarlah... challenge aku kan..

So aku pilih..

Cuba teka? sape betul aku bagi kiss XD
     Takde sape teka sebab takut kena cium ngan aku 8D oh oh oh.. ada orang teka? sape? sape? b1a4 Gongchan? yeah.. salah! Jawapannya adalah... Chaejin myname!!!

Nah tengok!
    Lupa nak bagi tahu.. jinnie maknae sebaya dengan aku.. Tapi dia lagi tinggi.. memang la dia tinggi =,= I was his noona by 1 month hehehe.. walaupun 1 bulan aku tetap tua dari kau..cepat panggil aku noona! Kalau tengok Ta-dah, my name real story... dia comel bila dengan seyong... dialog chaejin yang aku suka "wae, hyunggg?" and and and he like doing aegyo.. arrhhh.. comel sangat!!! hahaha cukup laa tuh.. dari tadi aku asyik cakap dia comel jer.. tapi memang dia comel pun! >,<

jinnie maknae.. noona yoegiso~

Aku ingat kim bum yang dalam boys over flower


   Oh.. lupe nak cakap.. semalam birthday jinnie maknae.. 26 Disember.. tak terlambat lagikan kalau aku wish saengil cukhahamnida~ oh fine.. memang dah lambat pun...

Random me

     

    Skinny baby hot hot... lols.. apa aku membebel ni.. Oh yeah tadi aku tengok music video lagu baru beast and Apink.. Actually lagu ni commercial song..


     Pelikkan.. macam mana bayi yang kurus boleh jadi hot? Tapi lagu ni addicting, baru sekali aku dengar aku dah nyanyi sekali. Even aku ni bukannya skinny baby hot hot...  tapi lagu tuh tak boleh keluar dari otak aku sekarang ni. skinny baby hot hot.. skinny baby hot hot.. cukup khalilah.. cukup! Lagi sekali aku nyanyi tolong geletek aku okay? But ramai yang cakap diorang tak berapa suka lagu ni sebab too autotune.. hingga menyebabkan suara asal penyanyi hilang.. Tapi kenapa aku asyik nyanyi replay lagu tu jer skarang ni! T.T

     Ok dah! tutup pasal lagu skinny baby hot hot (aku nyanyi sambil tulis tajuk ni! tampar aku sekarang!) Tadi aku belajar buat gif image.. yeay!!! haha.. bajet =,= Tapi tak berapa cantik.. sebab aku buat guna accoun biasa.. kalau aku dapat buat register premium account yang berbayar tu mest boleh buat animated gif cantik-cantik :(

L comel!!!
        I wish I can do better.. sebab muka diorang nampak blur sangat dalam gif image tu... Lepastu watermark gisoup.com tu menyibuk je lah! lol.. aku tak mengenang budi.. dahla buat gif image gune web diorang :P Lepastu aku try buat gif image guna webcam.. memandangkan guna video dekat youtube menyakitkan mata aku (nasib baik L comel.. kalau tidak aku tak letak gif image tu dalam post ni) Susah la sebab masa untuk record sekejap sangat.. erhhh.. and aku tak pro =,= sungguh memenatkan.

First tried:
lol me.. aku memang kekurangan idea
Setelah banyak kali aku try sampai rasa macam nak muntah.. akhirnya aku stop buat dah..

Last tried: 

muka bajet XD
    Aku memang dalam dilema nak letak ke tak muka aku tadi. Aku ingat nak jadi kan dp twitter aku tapi takut nanti orang yang follow aku terus unfollow aku.. 

    Cakap pasal twitter aku dah lama tak update status aku kat twitter. Kalau tidak hari-hari ade jer aku kat timeline. Kadang-kadang aku dah tulis dah status pastu aku backspace... entah mengade pulak jari tu.. Kalau aku post tweet pun.. then aku delete balik.. like seriously.. apsallah ngan aku sekarang ni.. aku dah macam segan pulak kat twitter tuh.. sama macam aku segan kat facebook. Dengan social network pun nak malu-malu.. haha aku pelik =,= Hari-hari bukak sebab nak stalker bias aku kat twitter je 8D tunggulah nanti nanti... aku tulis something kat twitter tuh..

Day 17: A k-pop idol you wish was your older sibling

     Challenge ni memang buat aku berangan macam orang gila...seriously! Memang dulu aku tak pernah berangan nak ada oppa or unnie yang artist kpop.. lol.. aku asyik berangan boyfriend aku artis kpop jer lololololol.. sungguh gatal.. Jadi hari ni aku fikir-fikir aku pilih...

Lee Sungyeol
oppa! sungyeol oppa! XD

    Aku pun sebenarnya tak tahu kenapa aku pilih sungyeol. Maybe sebab sungyeol second bias aku dalam infinite plus die lawak gile... aku tau dia memang nampak tak matang sebab dalam sesame player dia suka pranks member infinite yang lain. Cuma aku terfikir bila aku sedih ker and aku nak sungyeol comfort me dengan perangai dia.. he's gonna be best oppa ever~kekeke tapi sungyeol comellah...

*fangirling*

haha..comel~
      Dia memang kelakar.. aku mula suka sungyeol masa aku tengok Infinite sesama player lah.. And mase aku tengok You Are My Oppa (YAMO) last episode bila jiae tinggalkan diorang.. Sungyeol nangis.. sedih sangat.. aku menangis sama-sama ngan sungyeol... tapi L pun nangis jugak.. tapi itu kali pertama and kali terakhir aku nampak L nangis.. even mase diorang dapat tempat pertama dalam music show L tak nangis pun.. eh.. apsal tibe2 L ni.. cite pasal sungyeol je lah :P Ada part dalam YAMO, Jiae.. konon adik angkat diorang.. tinggalkan surat dekat semua member.. and aku paling tertarik dengan surat yang die bagi kat sungyeol..

 

" Even when the camera are off, oppa is a real oppa." -Jiae-

     Well I wish sungyeol is my real oppa too.. lol.. kalau abang aku comel macam ni kan best. Ini tak, hari-hari suruh aku basuh pinggan >,< aku nak oppa! yeolie oppa~

Opps~ L aku marah XD
Dah.. tak boleh lebih-lebih nanti boyfriend aku jealous XP

Day 16: Your favorite k-pop lyric (and a translation)

Dah macam pilihan raya plak XD
    Eh, apsal aku letak gambar pelakon-pelakon dream high ni? Aku nak review drama ni lagi sekali ker? Oh tidak... tidak...tidak... aku takdelah rajin sangat nak review banyak banyak kali. sekali cukup! nak baca? Ada dekat entry sini :)

   Aku suka sangat ost dream high. Boleh ke kalau aku letak lagu ost? Tapi lagu ni lagu korea kan? lagipun yang nyanyi lagu ni artis kpop.. kira kpop song jugak la kan *angguk2* 


    Video atas tu ada translation siap dengan romanization. Kalau nak nyanyi boleh play video tu.. sebelum tu pause la dulu lagu kat blog aku ni. Nanti ada plak yang pening. Aku malas nak tulis semua translation jadi aku ambik part yang aku suka dalam lagu tu okey :)


I Dream High nan kkumeul kkujyo
I dream high I have a dream
Himdeul ttaemyeon nan nuneul gamgo
When it's get hard I close my eyes
Kkumi irweojineun geu sunganeul
While replaying the moments my dream come true
Gyesok tteoollimyeo ireonajyo
I get up and keep going

     Part ni chorus jer aku tertarik sebab aku boleh faham dengan senang...  Aku kan suka dreaming dreaming ni. Dreaming pegi konsert infinite la..dreaming honeymoon dengan myungsoo lah.. luls~ merepek! Takdelah... itu bukan benda utama yang aku mimpikan.. Korang ingat dalam kepala otak aku ada kpop je ke? (memang macam tu pun) Aku segan lah nak bagi tahu.. hehehe *shy*

Day 15: A k-pop song that reminds you of someone you miss


    Ingat tak kita pernah nyanyi lagu ni same-same mase last day sekolah waktu form 3. Mase tu kau ngan aku jer datang. Pastu kite nyanyi lagu ni. Lirik pun tunggang langgang. Cuma intro jer kita nyanyi betul. lols... Kau tanya aku apa maksud lagu ni... mula2 aku nak cakap "woi, aku tak reti bahasa korea la!" tapi tak sampai hati plak, so aku jawab je ntah ape2.. muahahaha XD Bila aku tengok music video lagu ni, aku tengok semua ahli snsd ni muka macam kau.. kekekeke.. okay! memang tak boleh blah! wei, jangan sedih-sedih tau duduk dekat sana.. mesti ada jugak orang yang ikhlas kawan dengan kau nanti :)

p/s: kawan aku tu tak baca blog aku. Jadi aku tak kisah kalau nak tulis apa-apa pun.

Day 14: A k-pop song that makes you smile

    Oh.. can you smile.. bile aku dengar jer perkataan smile ni mesti aku ingat lagu infinite..hehehe.. Tetapi aku rasa aku dah letak lagu tu dalam salah satu challenge.. challenge ape yer? uh.. tak ingat! Aku rasa aku nak letak lagu yang aku belum letak dalam challenge ni.


Lagu ni aku rasa best.. Aku suka part kyuhyun.. nak hug dia~ hehe berangan plak...

    Tadi aku ikut mak dengan ayah aku beli barang-barang sekolah.. Susah betullah nak cari kasut style yang aku suka. Lepastu beli beg. Tahun ni kalau ada orang same beg dengan aku, aku dah tak kisah dah.. Biarlah berpuluh-puluh pun same... aku kan idola ramai :P hehehe lagipun macam la aku tak biasa.. tahun terakhirkan.. buat bodoh je lah :D

P/s: Nak tengok The Princess Man.. try tengok sedih ke tak.. aku pun nak nangis x)

Day 13: A k-pop group you dislike and why

emmmm *thinking*
     Penat aku fikir takkan takde kut kpop group yang aku tak suka... Tetapi memang takde pun..Aku rasa aku boleh terima semua group kpop yang aku tahu. Kalau ada yang aku tak minat pun mungkin sebab group tu seksi sangat. Tetapi tak bermakna aku tak suka. Kalau aku tak suka tarian lagu tu mungkin aku tetap minat lagu tu. 

     Lagipun kalau ada group yang aku tak suka aku takkan nak buat pengumuman kat satu dunia la aku tak suka sesuatu group.. Tetapi memang tiada yer adik adik...

 Bye..

   Oh ya.. sesiapa yang PMR tu..tahniah la yang dapat straight A's.. Bile cakap pasal PMR teringat dekat result PMR aku..uhuhuhu.. sadis~ sadis~ tapi takde la teruk sangat cuma tang subjek yang B tu....pergh~ penat aku menebalkan muka mase mula-mula naik form4.. Semuanya dah lepas. Aku pun tahun depan nak SPM dah.. arhh.. malaslah fikir!!! TENSION!

Day 12: The very first k-pop song you’ve ever heard

      Challenge lagi.. The very first k-pop song I ever heard...


    Lol.. lame gila kan.. aku pun dah tak ingat aku mula2 dengar lagu ni mase darjah tiga ke empat.. Yang aku ingat dulu mak saudara aku selalu dengar lagu ni.. pastu aku pun terikut ikutlah.. Tapi lepastu lama jugaklah aku dah tak dengar.. sebab masa kecik-kecik dulu aku mana reti bukak lappy search lagu kat youtube.. pastu nak download memamg tak mungkinlah..memang buta IT betul masa tu... Bukan macam sekarang.. budak tadika pun ada facebook.. So itulah satu-satunya lagu korea yang pertama aku dengar waktu aku budak2.. serius.. banyak kenangan kut..

    Tapi skarang  ni pun even aku boleh jer search lagu ni.. aku bukannya selalu dengar pun. Mana taknyer asyik dengar lagu Infinite jer...huahuhuahua..baru tadi aku dapat dengar...

Day 11: Your favorite k-pop music video

Hai :(

    D.A.M.N. Sungguh sengal.. aku rasa macam nak bunuh orang sekarang ni. Emm takde la serius sangat sampai macam tu.. aku guna hiperbola jer.. korang tak belajar komsas ke? Tadi aku tengok myung wol the spy.. and you know what bile aku nak tengok episod akhir. time tu aku tengah excited gile2 nak tahu ending dia. tiba2 video tu rosak. BAMMMM!!!  Aku rasa macam nak menari lagu big bang yang stupid liar liar lie! Bukannya video tu jer rosak plus dengan sub pun tak synchronized.. Jadi aku mengambil keputusan untuk update blog yang tak bersentuh 2 hari sementara menunggu download balik episode last.. cobaan... cobaan..cobaan..

     Aku dah fikir semasak-masak nya.. aku rasa susah la nak pilih sebab memang dah banyak aku tengok music video kpop. Aku suka sangat tengok music video yang comel-comel.. so aku pilih:


      Huahuahua.. mesti korang ingat infinite lagi kan.. tapi mula-mula pun aku memang nak letak video infinite.. tapi kan ada banyak music video kpop kan... anggap la music video ni aku suka selain daripada music video Infinite..kekekeke.

Image Detail

      Aku suka tengok part diorang menari atas bumbung tu.. dengan belon warna warni.. serius cantik kut!. Tapi yang tak bestnya part ni takde dalam dance version :( Another part yang aku suka

Comel comel comel....
      Saya gosok gigi awak... awak gosok gigi saya... sweet kan kalau gosok gigi sama-sama. Tapi aku peliklah. Kenapa time diorang gosok gigi still nampak cantik ar.. maksud aku kalau kita gosok gigi mestila keluar air liur walaupun tak guna ubat gigi kan.. oh wait.. takkan la aku sorang jer yang gosok gigi tak senonoh macam tu?? hurmm... Macam mane la diorang boleh gosok gigi  ayu-ayu macam tu?

    Actually aku minat youngmin sebab masa debut rambut dia menyerlah sangat sebab warna kuning. Bila boyfriend perform kat music show mesti aku nampak dia dulu.. Tapi lepas lagu don't touch my girl.. dalam music video youngmin main pukul2 bantal ngan perempuan tu.. aku macam heartbreak T.T lol.. takde lah.. berlakon je kan..like I care~ padahal time mula2 aku tengok dalam hati marah2 jer XD. Tapi kadang2 bias aku dalam boyfriend asyik tukar2 jer.. ahahahaha... =,=

P/s: Aku ada tengok parody don't touch my girl..actually diorang letak fake translation but still funny kalau tak tahu bahasa korea X)

Day 10: A k-pop dance you like to learn

Hello :)

     Huahuahua..dance yang aku nak belajar? lol.. badan pun macam kayu nak belajar menari..mimpi je la boleh. Tapi disebabkan aku kena buat challenge ni.. aku terpaksa la mengaku jugak yang sebelum ni aku pun nak belajar menari lagu kpop..ahaks~ malu!

     Cuba teka aku nak belajar dance lagu apa? Sistar-So Cool? seksi.. 18 ke atas tu.. Infinite-Paradise? lol..boleh patah pinggang aku kut. Aku sebenarnya nak belajar dance lagu ni! lagu ni!


      Aku cuma letak tutorial part 1 jer. part 2 dengan part 3 pun ada jugak. Banyak tutorial dance video yang dia upload. Klau korang tiba nak menari. konon nak try jadi artis kpop boleh pegi channel orang yang upload video tutorial tu kat youtube okey. Aku suka tengok (tengok jer.. tak pernah pun try) video dance tutorial tu sebab mula-mula dia tunjuk perempuan tu menari lepastu die tunjuk step by step. 


    Aku dah lama dah usha tutorial ni.. tapi tak sempat sebab time tu kena sekolah lah, buat homework, kena study (ceh..konon~), kena pegi tusyen la (eh, wait.. aku pergi tusyen ke?)..  Pastu bila cuti pulak hari-hari aku tengok drama. Memang malaslah nak gerakkan badan aku menari ikut tutorial ni. Dahla keras macam kayu. Jadi aku kuburkan je lah niat aku. Kalau yo soeb tiba-tiba datang rumah aku pastu nak ajar dance lagu ni maybe time tu aku akan pertimbangkan..che wah... tak boleh blah..

Day 9: Your favorite k-pop performance


      Aku geram sangatlah dengan cicak-cicak kat bilik aku ni. Ade ker patut die berak merata-rata. Diorang ingat bilik aku ni tandas awam ke... Pastu aku pulak yang hari-hari kena sapu bilik.. Rasa macam nak bunuh jer cicak cicak tu! *buat muka pembunuh bersiri*


Kpop performance yang aku suka:


       Kalau diorang menyanyi tak pakai mic memang boleh jadi music video dah. Comel kan? kan? kan? lol mesti korang menyampah kan aku tak habis-habis dengan infinite. okay fine. Actually selain performance ni ada jugak performance group lain yang aku suka.


        Mula-mula ku dengar lagu ni reaksi aku. Diorang ni apehal. Dari mula sampai habis lagu tak habis-habis mengeja perkataan L.O.V.E. Tapi lame-lame aku suka jugak lagu ni. Selalu memang macam tu la. Mula-mula memang benci tapi dah lama-lama suka pulak. Dalam performance ni memang diorang tak main instrument live. Tapi kan kalau dalam music show apa-apa pun memang band tak main live kan. So tak boleh la nak complain. At first, aku rasa macam best jer tengok diorang menyanyi dalam library. Kalau dalam library sekolah aku ade band kpop perform hari-hari aku pergi library. XD *fangirl thinking* 

P/s: Hari ni aku nak tidur awal sebab malam semalam aku tak tidur. Aku rasa aku dah tak normal*turn into zombie*

Day 8: A k-pop song you know all the words to


Annyeonghaseyo~.

      Aku tak boleh nak buat challenge hari ni :3 sebab aku rasa takda satu lagu korea pun yang aku tahu seratus peratus setiap perkataan. takde *geleng* Kalau aku reti bahasa korea boleh lah aku paham semua perkataan. Kalau aku paham lagu korea tuh pun sebab aku baca translation dan aku faham la ape di sebalik lagu tu. Kalau nak tahu semua maksud perkataan tunggu aku pegi kelas bahasa korea dulu la yer.

     Apa lagi yer nak cakap. Takde idea la. Hari ni aku tengok drama, download drama. tu je la.. Susahlah nak stop tengok kdrama. Bila satu drama habis mesti aku rasa nak tengok yang lain.. erhhh...ketagih ape? Aku tak study pun. Buku latihan tingkatan 4 aku langsung tak habis buat. Nanti kalau nak masuk tingkatan 5 jangan haraplah aku nak sentuh buku-buku lama.. Aish... risau tapi aku masih jugak tak berhenti menghadap kdrama.

 Ok la..bye!

Day 7: A k-pop song that makes you cry

      Hello hello you SHINEE boy..eh silap..hello hello you shiny boy~sorry la sebab korang rasa lagu tu macam memekak.. dah la autoplay..takpe pause jer..aku tak paksa korang dengar pun..tunggula sampai demam city hunter aku habis baru aku buang lagu tu..ataupun tukar lagu hindustan ker..kuci..kuci..khotahai..aper aku merepek ni.. =,=

errrr....
     Okay.. aku sebenarnya tak pasti ada ke lagu yang pernah buat aku menangis.. Cleansing Cream by Brown Eyed Girls lagu tu aku rasa sedih jugaklah sebab bila tengok mv lagu tu aku rasa macam sedih..tapi aku tak menangis pun..


       Masa mula-mula aku tengok mv ni.. aku terkejut sebab aku ingatkan cleansing cream maybe BEG nak buat CF/advertisement ke hape.. tibe-tibe keluar mv lagu sedih. Kalau nak diikutkan mv ngan lagu tu macam susah sikit nak kaitkan.. kalau korang tengok kat youtube. Comment section penuh dengan orang cuba explain kan mv tu.. serius boleh confuse otak aku kalau nak baca semua explanation diorang..Much better kalau korang fahami and fikir sendiri..right? Ok fine.. memang takde siapa pun berminat nak tengok kan?

 P/s: Aku rasa patut tukar tajuk challenge ni kepada A kpop song that makes you sad.

Day 6: Your favorite k-pop song from your favorite girl group

        

     Hello.. aku nak buat lagi challenge yang sepatutnya aku buat semalam. Kalau hari tu aku ada cakap favourite girl group aku Apink. So diantara lagu apink yang aku suka ialah:


   First time aku dengar lagu ni aku asyik terikut ikut nyanyi part chorus lagu tu. Ada lagi satu part yang aku suka.. mase lepas ji eun nyanyi high note..ade part yoo kyung bahasa inggeris:

Dear boy, 
I fall in love on a snow day.. 
I'll be yours forever as long as you be mine..

    Bile aku nyanyi/cakap/rap/mendeklamasikan (tidak dapat dipastikan) part tu rasa cam awkward jer.. sebab kat malaysia ade winter ke? Aku tau diorang nampak seksi tapi lagu tu comel.. siap aku jadikan lagu tu ringtone handphone aku tau!

p/s: Kalau sempat malam ni aku buat day 7 :)

Day 5: Your favorite k-pop song from your favorite guy group

      Hai, aku nak sambung challenge. Dah 2 hari tertangguh sebab aku balik kampung. padahal sehari jer pergi. Susah sikit la challenge ni sebab aku semua laguu dalam playlist aku, aku suka. Klau favourite guy group aku infinite.. Banyakla lagu diorang yang aku suka. Susahla nak pilih satu. Kalau aku letak semua boleh tak.. hehe mengada plak.

Em...

Emm...

Emmm...


    Nothinng over..nothing over..nothing over...nothing over..nothing over~Aku suka lagu ni sebab jaejong pun suka lagu ni..kekeke.. betullah..korang ingat aku merepek ker >,<

Translation: I like Infinite's nothing's over~

     Aku pun pernah buat entry pasal lagu ni.. First time aku citer pasal infinite kat blog aku.. aku rasa starting daripada entry tu kut makin banyak entry pasal kpop kat blog aku :)Nak bace kat sini. susah betul nak cari.. Jadi memang tak perlulah aku nak membebel panjang-panjang macam mak nenek okeh..

arhh~ memories in march..yup yup.. suara L mase mula2 lagu tu start memang comel kan :)


Day 4: Your ultimate kpop girl bias

     Tadi aku tengok City Hunter Lee min ho kena tembak *geleng2* randomnyer lol ape punye pendahuluan aku buat ni.. fail~ hurmmm... ade ke ha orang bace aku punya challenge ni...confirm la takde kan. takpela aku memang suka syok sendiri. Lagipun daripada aku biarkan blog ni keseorangan..hukhuk kesian dia sorang2.. aku akan teman dia sampai..errrrr...

     Abaikan pendahuluan yang takde motif tu.. Girl bias aku.. Aku pililh Eun Ji. Lead Vocal group Apink. aku tahu dia baru dan apink takdela terkenal sangat tapi apa salahnyer kalau aku pilih bias kumpulan baru. kan? kan?kan? Lagi pun suara dia sedap. Aku suka miming mulut aku bila sampai part dia..konon berangan boleh nyanyi sampai high note ar~ Am I the only who do that? *tutup muke*

macam Girls Day's Min Ah?
   Cukup la tuu.. xP  kekekekeke.. challenge semalam aku buat berjela jela tapi hari ni ciput jer.. sorry, hari ni aku takde idea la.. buh~bye!

Oh! Oh! Baby... *aku nyanyi lagu 'my my' part Eun Ji ler*

Day 3: Your ultimate k-pop guy bias

alololo... die punye lesung pipit comel!!!
         L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo L myungsoo.. lol Khalilah tak betul..nah bagi penumbuk sikit *dush*

     Opss sorry sebab buat korang takut. Satu perenggan aku sebut sebut nama bias aku.. mesti gatal gatal telinga dia.. mianhae oppa~ kekekeke Rasanyer tak perlu kut aku bagi tau L ni MY ULTIMATE K-POP GUY BIAS *aku dah caps lock! nampak?*




L
Name: Kim Myung Soo
Birthdate: 13/03/1992
Height: 178cm
Hobbies: Cooking,exercise and rap
Talent: Rap

       Ngeeee... time aku type entry ni mulut aku tak berhenti senyum tau.. Arrrhh oettokhae?? Gediknyer aku hari ni.. relax relax.. okay aku control! LMAO!

L tgh cari aku tu...keke



Oh?
emmm.. :/
*Wink*

       Lol.. time aku cari gambar tadi aku asyik sengih sengih jer.. pipi aku pun dah rasa lain macam dah.. Ok.. done this challenge.. hari ni lambat sikit sebab tadi tengok city hunter.. best tau tak drama tu! Till then. Bye!

Day 2: Your Favorite k-pop girl group

Hai...

    Untuk challenge hari ni aku susah sikit nak buat sebab aku tak berapa minat sangan dengan girl group. Tak tahu la.. maybe diorangtak hensem kut :p ngengengenge... Tetapi aku tetap akan buat. Pilih aje la mane-mane sebab aku rasa aku ade jugak dengar girl group punya lagu...

Hari ni aku malas main drum.. =,=


     Aku minat Apink bukannya sebab aku suka warna pink ker ataupun ade sedara aku dalam tu.. bukan okay.. memang tak! Maybe sebab lagu diorang buat aku minat kut.. entahla... aku rasa macam semua girl group same je kut.. oh sorry sorry! jangan toreh muka aku.. Aku pilih apink mungkin sebab aku nak tau lebih pasal diorang so lepas ni takde la aku rasa semua girl group sama.. memuaskan tak explanation aku :)

   Jujur aku cakap aku tak berapa sangat kenal diorang.. jadi aku pun study (huyoo... aku study) name diorang sikit-sikit. Tapi aku asyik tertukar nama diorang jer. Kenapa muka members semua nak dekat-dekat sama..Confius aku dibuatnyer~


Park Cho Rong 
Birthday: 03.03.1991 (20)
Height: 165cm
Weight: 46kg 
Position: Leader, Rap, Vocal


Beast's girl
Son Na Eun
Birthday: 10.02.1994 (17)
Height: 168cm
Weight: 47kg
Position: Vocals


Macam tak percaya jer dia baru umur 15
Oh Ha Young 
Birthday: 19.07.1996 (15)
Height: 167cm
Weight: 46kg
Position: Maknae and Vocals


Aku suke gile ngan suara dia.

Jung Eun Ji
Birthday: 18.08.1993 (18)
Height: 164cm
Weight: 47kg
Position: Main Vocals



Hong Yoo Kyung
Birthday: 22.09.1994 (17)
Height: 167cm
Weight: 48kg
Position: Vocals

Mase mula mula aku tengok Apink aku ingat dia maknae  :/
Yoon Bo Mi 
Birthday: 13.08.1993 (18)
Height: 163cm
Weight: 45kg
Position: Vocals, Rap

hohoho.. sebaya ngan aku tapi dia nampak matured O.o
Kim Nam Joo
Birthday : 15.04.1995 (16)
Hieght : 165CM
Weight : 46kg

    
      Mula-mula aku ingatkan diorang maybe semua dah 18 ke atas tapi tengok-tengok ade yang sebaya aku and muda lagi daripada aku... macam tak percaya je kan.. aish apsal aku pendek sangat >,< nak tinggi macam maknae diorang!!!

Debut - Seven Spring of Apink
Kwangmin, nam joo and yg paling hujung tu member 5 dolls (blurr)
Kay fine.. kena terima kenyataan nam joo same skolah ngan 3min.. jealous~
Aku rasa gambar ni comel.. diorang cover skirt diorang dengan selimut. maybe sejuk kut.
Gambar ni maybe dah lame kut..sebab na eun dah graduate.. Chaejin!!!
Lol.. namjoo ngan jungshin macam sibling jer XD
Done! Jumpa esok :)
My my my you're my *aku tengah nyanyi*