I'm Tired Okay!



   Hari ni aku berasa sungguh penat dan marah. Marah dekat siapa? Aku pun tak tahu... Cerita ni takde lah gempak macam korean drama tapi ini melibatkan hati dan perasaan aku tau tak? Sampai hati dipermainkan begini... LOL.. Over la kau Khalilah~ =,=

**********

    Pada pagi yang indah, aku terasa bayu pagi yang dingin bersamaku.. Walaupun tersangatlah dingin pada pagi itu aku tetap setia menemani boyriendsku, katil, tilam dan bantal... Tiba-tiba 
         
       "Kring kring" telefon rumahku menjerit.

       " Ish sape plak ni kacau aku dating dengan boyfriends aku ni!" Aku bermonolog sendiri.

        "Kakak, kawan kakak telefon!" Adikku memanggil aku dengan suara garaunya

     Dengan lemah gemalai, aku bangun dan terus mencapai telefon rumah ku.. Oh, rupa-rupanya itu kawan sekolah aku. Dia ingin memulangkan pendrive arnabku yang telah dia culik bulan lepas. Dia memberitahu aku bahawa dia sudah menunggu di depan pagar rumah ku.. Tidak! Mana mungkin aku membiarkan kawan-kawan ku melihat aku dalam keadaan begini.. Berambut serabai seperti nenek kebayan, bertaik mata seakan orang gila di jalan raya. Lantas aku berkata dengan nada yang tersekat-sekat.

        " Emm..Bo..boleh tak kalau kau tunggu aku kejap, nanti aku turun."

     Baru aku teringat! "Alamak, dah pukul berapa ni! Ada 4 buku teks yang belum ambil lagi kat skolah" Aku berteriak di dalam hatiku.

    Aku terus mencapai baju sukan biruku yang sudah pudar warnanya dan tudung hitamku..Aku keluar dan terus mengambil sepasang kasut sekolah hitamku. Alangkah malangnya nasib aku hari ini. "Kucing bertuah mana plak yang tidur atas kasut aku ni. Dengan bulu-bulu beliau tinggalkan sekali dekat aku!" Aku menyapu bulu putih tersebut dengan harapan mudah-mudahan selepas ini kasut kesayanganku yang sudah terkoyak-koyak tersebut tidak menjadi tempat beliau beradu sekali lagi.

     Aku terus berlari dengan tergesa-gesa ke arah kawan-kawanku.. Dia memulangkan pendrive arnabku yang diculiknya.. Dan aku terus menghala ke sekolah sambil memegang handphone sony ericson yang berwarna biru dan buku sejarah tingkatan 5 yang aku perlu tukar kerana buku tersebut sangat uzur untuk menemaniku sepanjang 11 bulan akan datang.

    Aku merentasi padang sekolah untuk pergi ke bilik SPBT. Semasa perjalanan aku kesitu aku ternampak tiga orang abang hitam..berasal dari Indon mungkin. Mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh.. Aku membiarkan sahaja mereka kerana aku sudah terlambat untuk mengambil buku.. Lagipun aku tidak mahu dimarahi kerana datang pada saat-saat akhir..

   Dengan 10 minit yang masih berbaki, aku lekas masuk ke dalam bilik SPBT tanpa memberi salam.Mamat-mamat dan amoi-amoi di dalam bilik SPBT itu memandangku dengan muka yang bersemangat dan berkata.

      "Buku teks physic, chemistry dan biology semua dah habis, yang tinggal cuma practical jer" Lelaki yang bercermin mata itu berkata kepadaku.

      "WTH! penat aku lari, tinggalkan tiga orang boyfriends aku kat rumah lepastu kau cakap buku dah habis!" aku memarahi mereka di dalam hati. Dengan nada yang sedih aku berkata.

      "Kalau macamtu saya ambik buku practical physic. Boleh tak saya nak tukar buku sejarah ni.. Sebab buku ni dah teruk sikit"

      Mereka memandang aku dengan wajah serius.. Mungkin mereka berkata di dalam hati. "Ah, sungguh demanding budak pendek ini. Sapa suruh datang lambat!"

       Aku meninggalkan mereka setelah urusan aku selesai.. Aku terus menelefon kawan baik ku..
"Hadoi, apsal la time-time aku nak lepaskan perasaan dia tak angkat pulak"

       Aku berjalan sambil menelefon BFF  aku untuk kali kedua. "Baik kau angkat kalau tidak, aku delete nombor kau!" Aku mengugut BFF ku di dalam hati.

      "Hello" BFF ku bersuara.

      " Wei, buku dah habis. Penat tau tak aku lari dari rumah tadi!" Aku merungut.

      Perbualan kami agak lama. Aku merungut, merungut dan merungut kepada BFFku. Aku tahu dia mentertawakan sikapku.  Katanya dia tidak dapat mengambil buku hari ini kerana dia bersama keluarganya di kampung.. Dan dia gembira sebab dia mempunyai teman yang tidak mendapat 3 buah buku tersebut. Sengal!

**********

    Ade ke orang baca sampai habis ni? Aku rasa takde.. Yeah.. cerita hidup aku memang agak bosan sikit..Well that's me.. Aku pun tak tahu aku nak marah siapa ni? Maybe aku sendiri kut. Khalilah! kenapa la kau selalu lambat~ Okay la.. Aku rasa nak tengok drama korea untuk naikkan semangat aku balik.

Korang rasa aku boleh dapat A+ tak subjek BM untuk SPM 2012 nanti? XD

7 comments:

리야나 said...

wei, hari ni ke amek buku ? habes lah aku T^T

Khalilah said...

@ 리야나 esok pun boleh ambik la...

리야나 said...

bagi details kat aku. paper tudah hilang. LOL

Khalilah said...

@ 리야나 esok pukul 9.00 sampai 12.30 dekat bilik SPBT.

리야나 said...

gomawo~ sok last erh? tahun depan amek tak boleh ?

Khalilah said...

@ 리야나 still boleh kut.. tapi cikgu dah suruh abik waktu cuti.. ambik je la.. mengada la kau ni...kekek XD

리야나 said...

malas woo, nak pegi ^^