Page 28 of 366

Jangan curi dia! Amaran ni! XP

Ann...yeong....ha...se..yo...

       Oh.. hei.. Hai :) Aku baru je lepas habis tengok Me Too Flower... Happy ending semua orang loving loving. Aku pun tumpang happy sekali. Mana tak happy. Aku habiskan 5 hari nak tengok drama tu. Woh, lama gile... patutnyer aku boleh habiskan sekejap jer. Tapi berselang seli dengan sesi fangirling aku.. lol.. Okey tak nak cite pasal fangirling nanti korang mesti rasa nak muntahkan.

         Aku sebenarnya sekarang ni risaulah pasal homework aku. Aku tak sentuh pun lagi. Tadi niat nak buat pastu tiba-tiba aku online. Aku pun tak sedar macam mana boleh tiba-tiba online. Okey.. aku tipu! =,= Sebenarnya memang aku nak online lepastu tengok drama. Bosan weh! bosan tau tak buat homework. Macam korang kisah.. kan kan kan..

    And and and.. korang nak tau tak! Abang aku nak tengok korean drama.. Jap! Bagi aku gelak.. Wahahahahahahahahahahah... LMAO! Aku memang tak pernah tengok lelaki minat drama korea. Sebab tuh bila tahu abang aku cakap die nak tengok.. Aku macam.. "Weh, kau buat lawak ape?"  Takkan otak dia tiba tiba jadi tak betul lepas demam 2 hari. Tapi aku tak pastilah samada dia betul betul tengok ke tak. Sebab dia baru mintak drama tu dekat aku. Dekat dalam netbook aku ni banyak drama. eh, takdelah banyak sangat  sikit jer. Kalau nak meh sini aku copykan. 2 singgit. Eh? murah! XP

      Dekat facebook fanpage teen top sekarang ni sibuk-sibuk dengan girlfriend Chunji. Okey not exactly girlfriend dia. Cuma perempuan yang akan jadi girlfriend chunji dalam Mnet Hidden Track Romance. Cantik kut perempuan tu. Chunji kan bias aku dalam teen top mestilah aku sokong dia. :) Tipu! Sebenarnya aku jelly jelly jelly jelly jelly dengan perempuan tu. Kenapa mesti chunji? Why not CAP, L.joe ker..  Yeah ambik L.joe. Biar padan muka dengan so hyun. Muahahahaha *evil laugh* Sudahlah... lantak lah dengan Chunji tu. Aku taknak tengok langsung program tu! Takkan.. Tapi curious lah.. macam mana cara dia layan perempuan.. Ah, jangan! Tak nak! Khalilah, jangan search benda tu dekat youtube! Tak kisahlah! Aku ada Myungie..L, jangan masuk program2 camtu tau.. saranghae! xp

Korang rasa macam nak muntah? Silakan dengan segala hormatnya...

Kata nak berhenti blogging =,=

Saya rasa malu! Saya nak tutup muka!

      Pada mulanya aku ingat aku nak stop blogging.. Siap tulis dekat twitter lagi nak stop. Macam gedikkan? Then aku privatekan blog aku. Aku log out sebab bila aku dah log out aku akan susah nak log in balik sebab aku tak ingat email dengan password blog aku (Actually aku banyak email jadi tolong diam). Tetapi keesokan harinya...

AKU RINDU BLOG!!!

     Aku log in.. wah, aku tiba-tiba boleh ingat pulak password dengan email aku masa tu.. and yeah! aku disini! Oh.. Khalilah kau memang tak tahu malu.. bagaikan menjilat ludah yang kau ludahkan dekat lantai balik. Ewwwww.. peribahasa aku buat sendiri fail! Entahlah.. aku rasa macam aku tak boleh hidup kalau takde blog. Aku rasa macam lifeless. Dalam tempoh aku tak buka blog baru aku tahu sebenarnya bukan blog yang buat aku tak fokus. Tapi internet, sebab kalau aku tak buka blog, aku boleh jer merepek macam mak nenek kat twitter (tapi agak-agak ah.. mane boleh melalut panjang-panjang macam buat karangan). Dah tahu! Jom potong internet. Huh? Gile! =.=

Sekarang aku tersangat sangat lapar. Rasa macam nak pengsan! tolong buat CPR dekat aku XD huahuahua..  Mak ayah cepatlah balik D= 

Kalau rajin aku update. Terima kasih sebab baca :)

Page 15


Annyeonghaseyo!

      Aku nak membebel lagi dekat blog ni. Sebab kalau aku cakap banyak-banyak kat twitter nanti orang marah... hahahaha.. eh wait, aku nak promote twitter aku. Follow lah.. Tapi aku tak banyak sangat tweeting. Okey! Tipu!

     Aku tak tahulah sama ada aku ni yang ketinggalan zaman. Tapi sekarang memang budak melayu bila marah akan mencarut sesuka hati ke? Aku mengaku aku dah 17 tapi perkataan teruk yang pernah aku cakap pun bodoh, gila, sengal, damn, busuk, jahat lampi.. aku rasa itu jer perkataan yang aku gunakan bila aku marah dekat orang. Tapi sekarang aku selau dengar junior aku menghina orang dengan perkataan yang aku sendiri tak tahu ape entah maknanya. Nak aku tulis kat sini. Tak maulah.. aku masih mahu mengekalkan kesucian blog aku. Aku tak mahu beliau ternoda.

    Sebenarnya takde benda penting pun yang aku nak cerita dekat korang. Cuma aku nak bagi tahu nanti mungkin bila cuti tahun baru cina aku akan update selalu. Sebab abang aku balik. Jadi aku dah tak boleh nak selalu bukak youtube fangirling 24 jam macam aku selalu buat sekarang. sedih woo T.T haha jahat.. patutnya kalau adik beradik balik gembira. Aku memang adik yang jahat.

    Sudahlah.. aku belum gosok baju lagi nih.... homework pun belum siap. Aku memang malas nak buat.   Jadi biarkan.. cinta tak boleh dipaksa.. Hah! takde kena mengena...

Bai!

P/s: Aku dah jumpa crush baru. :P

Miss me?


Assalamualaikum...

     Rasa macam dah lama tak update blog. Aku tak tahulah apa aku nak cakap dekat blog aku ni. Okay okay.. aku rasa aku nak bagi tahu apa yang aku rasa bila jadi senior form 5. sebenarnya masa aku form 4 dengan form 5 takdelah banyak beza sangat. Cuma Part yang aku suka bila jadi form 5 masa aku tengok form 3 yang baru masuk sesi pagi tak tahu nak beratur kat mane masa perhimpunan. Then diorang kena marah dengan cikgu sebab beratur berterabur. Lepastu aku yang form 5 ni berdiri dekat tepi sambil berpeluk tubuh dalam hati cakap :

       "Aish.. budak-budak ni.. nak beratur pun tak reti ke?"

     Aku rasa macam dah besar gila! Tapi kadang aku rasa weird bila budak form 3 panggil aku kakak, then orang lain macam gelak gelak. Seriously, kenapa diorang gelak? Memang patutlah budak budak tuh panggil aku kakak takkan lah nak panggil aku abang pulak... hahahaha.. abang khalilah :P Aku tahulah aku terlalu rendah untuk dipanggil kakak. kan.. kan.. Arh! menyampah dengan korang! Aku nak mogok tak mahu study sebulan.. ok tak? XD

     And lagi satu... aku tak berapa sedia lagi nak SPM. Form 4 punya syllabus pun aku belum study. Homework! homework! Dah buat ke belum? Belum sebab aku takde mood. Susahlah nak fokus. Kadang-kadang bila aku buka buku aku dah berangan sampai ke Korea tau tak. Bila sedar-sedar je.. omomomomo! Homework belum siap. Aku pun tension bila buka facebook or twitter orang tweet or post status pasal diorang tengah study or nak pegi tusyen. Dalam hati aku macam.. 

         "Hey, aku tahulah aku sorang je tak belajar!" 

Terus tutup tab facebook ngan twitter. Pastu aku bukak youtube.. Yes, hanya youtube sahaja yang memahami aku sekarang ni. Youtube I love you.. *Tak boleh blah*

Bye! Jumpa lagi bila aku rasa nak update..

Esok sekolah!!!


   Okey, tajuk entry ni tersangatlah batak. Aku tahu semua orang dah tahu yang esok sekolah. Esok sekolah... Jangan ada yang buat-buat lupa esok. Ayat.. macam aku excited sangat nak pergi sekolah. Tapi realitinya aku macam... nak ponteng sampai tahun depan lagi. Tak nak ambik SPM! Tak mahu! Saya tak sanggup... Alahai.. aku nangis keluar air mata darah sekalipun macam ada orang kisah jer.

    Sepanjang cuti panjang ni, aku rasa tak panjang pun... kerja aku asyik tengok drama korea. Drama Jepun adalah sikit sikit. Meh sini aku senaraikan..
  • My Girlfriend is a Gumiho [Korean Drama]
  • The Greatest Love  [Korean Drama]
  • Ouran High School Host Club [Japanese Drama]
  • Ikemen Desu Ne  [Japanese Drama]
  • Yankee-kun To Megane-chan  [Japanese Drama]
  • High School Debut [ Japanese Movie]
  • Pasta  [Korean Drama]
  • 49 Days  [Korean Drama]
  • City Hunter  [Korean Drama]
  • The Scent of Women  [Korean Drama]
  • Myung Wol The Spies  [Korean Drama]
  • The Princess's Man  [Korean Drama]
  • Flower Boy Ramyun Shop  [Korean Drama]
  • You are my Pet [Korean Movie]
      Lalalala... Takdelah banyak sangat pun :P Ada dua drama yang aku dah download tapi aku tak sempat nak tengok Me to, Flower dengan The Musical. Arh~ tension! Tak kire! Cuti tahun baru cina nanti aku nak tengok drama jugak.. Nobody can't stop me! Macam ada orang kisah..

      Selain aku tengok drama dengan movie aku selalu fangirling... oh yeah! Kalau SPM ada subjek K-pop confirm aku dapat A++++++++. haha merepek! Kesimpulannya, aku memang tak study. Kalau cikgu BM tiba-tiba suruh buat karangan pasal apa aku buat cuti ni, aku nak buat apa? Takkan aku nak cerita semua sinopsis drama aku tengok kut? Ha! Aku gantikan watak heroin dalam drama yang aku tengok macam City Hunter dengan aku. blablabla.. dah stop!

     Emmm.. apa lagi yer aku nak taip. Actually aku tak tahu samada aku akan stop tulis entry merepek-repek macam ni. Jadi maaflah... muahahahah *gelak jahat* Tapi mungkin kalau aku malas aku tak tulis entry. Aku cuma merapu dekat twitter je. Bagus Khalilah! Sebab tu lah follower kau ciput! 

    Nanti dekat sekolah esok setiap cikgu yang masuk kelas budak form 5 mesti akan bagi motivasi percuma. Lepastu ingatkan semua murid spm spm spm spm spm spm spm spm spm.. Aku agak mesti macam tu. Malaslah fikir. Aku nak sambung baca fanfic (lol.. aku baca fanfic? Aku sendiri pun tak percaya!)

P/s: Aku belum gosok baju, aku belum letak buku dalam beg, aku belum cari alat tulis.. semua benda belum! 

Day 28 to 30

Day 28: Your Favorite Cover of an American Song by K-pop Artist


      With you-Chris Brown cover by Infinite... Oh yeah! Infinite lagi! Actually aku suka lagi yang cover daripada original punya... sebab ada infinite! laalalala.. okey apa alasan aku. Memanglah english diorang tak berapa perfect tapi I just like it more....  Aku dah tak tahu nak type ape dah! TYPELESS!!!  

Day 29: A K-Pop Song That you Never get Tired of


       You are my shy shy shy boy... oh oh oh my boy.. Bila aku dengar lagu ni aku mesti nak nyanyi sekali.. aku bukannya minat secret sangat tapi lagu ni, lagu shy boy aku tak pernah buat aku rasa boring. Aku tetap layan lagu n walaupun lagu shy boy lagu tahun lepas.

Day 30: A K-Pop Idol that have Amazing Eye Smile



     One fact about Lee Jung Hwan, known for his eyes smile. Aku rasa dia paling selalu tunjuk eye smile.. Kya~ Kawaiiiiii!!!! Kalau ada budak lelaki dekat sekolah aku yang comel macam Sanduel kan best. Barulah semangat sikit aku nak pegi sekolah. :P

Day 25 to 27

Day 25: Your Favourite Kpop Music Video.

      Setahu aku, aku dah buat dah challenge ni? Apsal dia ulang balik? Nak suruh aku buat lagi kut.. ok fine aku tunjuk lagi satu music video yang aku suka. Aku memang suka tengok music video. Tengok muka-muka hensem bahagia je hidup. Music video yang aku suka:


      Haha... macam budak-budak minat music video macam ni. Tapi aku memang budak-budak pun (ayat tak sedia lagi nak ambik SPM) Mula-mula aku tengok music video aku macam. Lol! merepek gila! Walau bagaimanapun, memandangkan aku ni tak berapa matang sangat jadi aku boleh terima music video yang tak matang jugak... Hilang stress aku tengok. Sebab kelakar weh~ and and and Jinyoung comel.. I like like like it!

Day 26: Your Favorite Cover of K-pop Song by Another K-pop Artist.


        Kalau ada Inspirit yang belum tengok video ni, korang memang wajib kena tengok sekarang.. (haha.. suka hati aku jer cakap wajib!) Sebenarnya diorang cover lagu ni dah lama.. tahun lepas punya.. eh, wait kalau 2010 maksudnyer tahun lepas punya tahun lepas la.. Tapi diorang bukannya nyanyi jer, siap menari lagi lagu tell me dengan Gee... Dalam video tu yang aku nampak betul-betul pro mestilah sungjong.. kekeeke.. kadang-kadang aku rasa nak panggil dia unnie xP And bile aku tengok woohyun, aku nampak macam dia buat male version. okey! aku suka! sebab dia original.. bukan hot and spicy macam sungjong.. eh, apa aku merepek XD. Bias aku, Myungsoo tak banyak nyanyi.. tapi mase part dia aku tak kelip mata pun... L so cute in yellowww!!!

Day 27: Your Favorite Dance Battle 


       Mula-mula aku nak ambik dance battle Infinite dengan teen top tapi tak jumpa plak.. susah nak cari.. So aku just ambik video ni... Memanglah ini bukan official dance battle tapi ada pemenang kan... Dalam video ni infinite cuba nak buat version lain untuk lagu debut diorang, comeback again. And the best dancer is L... Tapi aku tengok L dalam tu memang macam gila sikit...kekeke XD and woohyun, aku tak tahulah nak cakap apa... Tengoklah, diorang kelakar!

Hi 2012

         Dah tahu baru jadi semua orang mesti nak buat post pasal tahun baru. Bila aku tengok balik tahun 2011 aku.. Aku rasa takdelah sehebat mana... lalalala.. susah tau tak! Bila dari tingkatan tiga naik tingkatan 4. Walaupun sekolah sama tapi suasana lain gile. Dalam tahun 2011 ni. Aku merasa susahnya belajar add math, biology, chemistry and bla bla bla... konon ckp form 4 tu tahun honeymoon. but seriously, not at all!  Mase aku jadi form 4 jugak aku dapat rase macam mane berpisah dengan kawan. Even baru tiga tahun berkawan, aku dah rasa rapat dengan dia. even kitorang selau jugaklah bergaduh tapi bila dia takde.. rasa macam something tak kena jer :/ .

          Bila aku form 4, jugak aku merasa jadi pengawas... lol! Aku tak pernah terfikir pun nak mohon jadi pengawas tapi aku tak tahulah... mungkin aku nak merasa apa yang hebatnya sangat jadi pengawas tu.. bila aku jadi, takde la best mane, pakai blazer konon smart lah padahal panas. Bile marah orang yang tgh buat salah kita pengawas yang dimarahi balik. Kadang2 aku terasa awkward sangat bile nak jalankan tugas. Another thing is... emmm.. malas lah cite part tuh... segan kut! ekekekeke! aku reject orang~ lalalalala....

          For this 2012, aku harap aku dapat apa yang aku nak? mestilah nak dapat straight A's dalam SPM.. bolehke? Lagi satu aku nak jadi lagi tinggi tapi aku tak tahu macam mana? Aku tak tahu kenapa tapi kan bila kita rendah orang akan susah nak percaya yang kita berkebolehan... banyak kali benda ni jadi kat aku.. Tapi kan aku ade lagi azam cuma aku segan nak bagi tahu takut tak tercapai pulak.. Dah la tu! bye~

P/s: Aku tak boleh buka twitter sebab tengah maintenance. Ada gambar ice-cream dengan ulat bulu. Comellah!