Esok sekolah!!!


   Okey, tajuk entry ni tersangatlah batak. Aku tahu semua orang dah tahu yang esok sekolah. Esok sekolah... Jangan ada yang buat-buat lupa esok. Ayat.. macam aku excited sangat nak pergi sekolah. Tapi realitinya aku macam... nak ponteng sampai tahun depan lagi. Tak nak ambik SPM! Tak mahu! Saya tak sanggup... Alahai.. aku nangis keluar air mata darah sekalipun macam ada orang kisah jer.

    Sepanjang cuti panjang ni, aku rasa tak panjang pun... kerja aku asyik tengok drama korea. Drama Jepun adalah sikit sikit. Meh sini aku senaraikan..
  • My Girlfriend is a Gumiho [Korean Drama]
  • The Greatest Love  [Korean Drama]
  • Ouran High School Host Club [Japanese Drama]
  • Ikemen Desu Ne  [Japanese Drama]
  • Yankee-kun To Megane-chan  [Japanese Drama]
  • High School Debut [ Japanese Movie]
  • Pasta  [Korean Drama]
  • 49 Days  [Korean Drama]
  • City Hunter  [Korean Drama]
  • The Scent of Women  [Korean Drama]
  • Myung Wol The Spies  [Korean Drama]
  • The Princess's Man  [Korean Drama]
  • Flower Boy Ramyun Shop  [Korean Drama]
  • You are my Pet [Korean Movie]
      Lalalala... Takdelah banyak sangat pun :P Ada dua drama yang aku dah download tapi aku tak sempat nak tengok Me to, Flower dengan The Musical. Arh~ tension! Tak kire! Cuti tahun baru cina nanti aku nak tengok drama jugak.. Nobody can't stop me! Macam ada orang kisah..

      Selain aku tengok drama dengan movie aku selalu fangirling... oh yeah! Kalau SPM ada subjek K-pop confirm aku dapat A++++++++. haha merepek! Kesimpulannya, aku memang tak study. Kalau cikgu BM tiba-tiba suruh buat karangan pasal apa aku buat cuti ni, aku nak buat apa? Takkan aku nak cerita semua sinopsis drama aku tengok kut? Ha! Aku gantikan watak heroin dalam drama yang aku tengok macam City Hunter dengan aku. blablabla.. dah stop!

     Emmm.. apa lagi yer aku nak taip. Actually aku tak tahu samada aku akan stop tulis entry merepek-repek macam ni. Jadi maaflah... muahahahah *gelak jahat* Tapi mungkin kalau aku malas aku tak tulis entry. Aku cuma merapu dekat twitter je. Bagus Khalilah! Sebab tu lah follower kau ciput! 

    Nanti dekat sekolah esok setiap cikgu yang masuk kelas budak form 5 mesti akan bagi motivasi percuma. Lepastu ingatkan semua murid spm spm spm spm spm spm spm spm spm.. Aku agak mesti macam tu. Malaslah fikir. Aku nak sambung baca fanfic (lol.. aku baca fanfic? Aku sendiri pun tak percaya!)

P/s: Aku belum gosok baju, aku belum letak buku dalam beg, aku belum cari alat tulis.. semua benda belum! 

No comments: