Miss me?


Assalamualaikum...

     Rasa macam dah lama tak update blog. Aku tak tahulah apa aku nak cakap dekat blog aku ni. Okay okay.. aku rasa aku nak bagi tahu apa yang aku rasa bila jadi senior form 5. sebenarnya masa aku form 4 dengan form 5 takdelah banyak beza sangat. Cuma Part yang aku suka bila jadi form 5 masa aku tengok form 3 yang baru masuk sesi pagi tak tahu nak beratur kat mane masa perhimpunan. Then diorang kena marah dengan cikgu sebab beratur berterabur. Lepastu aku yang form 5 ni berdiri dekat tepi sambil berpeluk tubuh dalam hati cakap :

       "Aish.. budak-budak ni.. nak beratur pun tak reti ke?"

     Aku rasa macam dah besar gila! Tapi kadang aku rasa weird bila budak form 3 panggil aku kakak, then orang lain macam gelak gelak. Seriously, kenapa diorang gelak? Memang patutlah budak budak tuh panggil aku kakak takkan lah nak panggil aku abang pulak... hahahaha.. abang khalilah :P Aku tahulah aku terlalu rendah untuk dipanggil kakak. kan.. kan.. Arh! menyampah dengan korang! Aku nak mogok tak mahu study sebulan.. ok tak? XD

     And lagi satu... aku tak berapa sedia lagi nak SPM. Form 4 punya syllabus pun aku belum study. Homework! homework! Dah buat ke belum? Belum sebab aku takde mood. Susahlah nak fokus. Kadang-kadang bila aku buka buku aku dah berangan sampai ke Korea tau tak. Bila sedar-sedar je.. omomomomo! Homework belum siap. Aku pun tension bila buka facebook or twitter orang tweet or post status pasal diorang tengah study or nak pegi tusyen. Dalam hati aku macam.. 

         "Hey, aku tahulah aku sorang je tak belajar!" 

Terus tutup tab facebook ngan twitter. Pastu aku bukak youtube.. Yes, hanya youtube sahaja yang memahami aku sekarang ni. Youtube I love you.. *Tak boleh blah*

Bye! Jumpa lagi bila aku rasa nak update..

No comments: