Page 15


Annyeonghaseyo!

      Aku nak membebel lagi dekat blog ni. Sebab kalau aku cakap banyak-banyak kat twitter nanti orang marah... hahahaha.. eh wait, aku nak promote twitter aku. Follow lah.. Tapi aku tak banyak sangat tweeting. Okey! Tipu!

     Aku tak tahulah sama ada aku ni yang ketinggalan zaman. Tapi sekarang memang budak melayu bila marah akan mencarut sesuka hati ke? Aku mengaku aku dah 17 tapi perkataan teruk yang pernah aku cakap pun bodoh, gila, sengal, damn, busuk, jahat lampi.. aku rasa itu jer perkataan yang aku gunakan bila aku marah dekat orang. Tapi sekarang aku selau dengar junior aku menghina orang dengan perkataan yang aku sendiri tak tahu ape entah maknanya. Nak aku tulis kat sini. Tak maulah.. aku masih mahu mengekalkan kesucian blog aku. Aku tak mahu beliau ternoda.

    Sebenarnya takde benda penting pun yang aku nak cerita dekat korang. Cuma aku nak bagi tahu nanti mungkin bila cuti tahun baru cina aku akan update selalu. Sebab abang aku balik. Jadi aku dah tak boleh nak selalu bukak youtube fangirling 24 jam macam aku selalu buat sekarang. sedih woo T.T haha jahat.. patutnya kalau adik beradik balik gembira. Aku memang adik yang jahat.

    Sudahlah.. aku belum gosok baju lagi nih.... homework pun belum siap. Aku memang malas nak buat.   Jadi biarkan.. cinta tak boleh dipaksa.. Hah! takde kena mengena...

Bai!

P/s: Aku dah jumpa crush baru. :P

No comments: