Aku dah penat nak fikir


Assalamualaikum.
    Pagi pagi lagi mood aku dah macam entah apa-apa sekarang. Ni semua sebab ayah aku cerita pasal nak pindah. Aku tak suka. Memang tak suka. Dari tahun lepas lagi dia ada nak cerita pasal benda ni. Tapi tiap kali dia nak buka cerita tiap kali jugak aku buat muka macam tak minat nak dengar. Tapi baru tadi:

Ayah: Khalilah, lepas Khalilah SPM nanti kita pindah kampung?
Khalilah: Ha? *nak dekat tersembur nasi yang aku tengah kunyah masa tu*
Ayah: Lepastu nanti.. blablablablablabla *ayah aku cite pasal kebaikan duduk dekat kampung*
Khalilah: nomnomnomnom *kunyah nasi and buat-buat macam tak dengar*

   Memang setiap kali pengakhiran cerita nak pindah ayah aku tu mesti berakhir dengan aku yang buat tak kisah. Tapi sebenarnya aku memang kisah sangat. Dia tak boleh baca ke bahasa yang aku tengah buat sekarang ni. Bila aku buat macam tak kisah maksudnya aku ambil berat sangat.

   Aku tahu kampung Sungai Behrang bukannya jauh sangat. Aku pun lepas habis SPM memang takkan pegi sekolah lagi. Aku pun kalau duduk dekat sini memang jarang keluar keluar jumpa kawan aku. Kalau ada kerja jer baru aku keluar. Tapi aku tak suka. Aku sayang dekat rumah aku.. bilik aku.. I mean sejak aku tadika lagi aku tinggal dekat sini. Lepastu kawan-kawan aku pun kadang-kadang datang rumah aku. Semua kenangan tu aku rasa memang susah nak lupa.

    Rumah dekat kampung tu rumah batu and luas. Pastu dekat dengan rumah opah and rumah saudara mara. Mak aku cakap pun kalau nak internet boleh pasang dekat sana. Sebab mak aku memang tahu aku tak boleh hidup tanpa internet. Tapi kat sana internet dia tak selaju dekat sini >,< Ayah aku cakap aku boleh ambil kelas memandu so nanti aku dapatlah jalan pergi mana-mana. Diorang memang sukakan ambil keputusan tanpa fikir perasaan aku.

    Idea pindah kampung memang macam okey. Memang nampak lagi selesa pindah sana. Aku jer yang pentingkan diri sendiri tak nak berubah. Tak nak terima kenyataan yang aku kena pandang kedepan. Aku nak bantah tapi aku tahu memang takkan berjaya punya sebab dah lama ayah aku rancang nak pindah. Kira dia dah cukup bertolak ansur sebab nak pindah lepas aku tamat sekolah. Yang kesian adik aku lah.. ayah aku cakap nak suruh dia belajar motor. Jadi senang dia nak pegi sekolah. Tetapi firasat aku menagatakan dia akan mungkin pindah sekolah baru yang dekat dengan kampung tu..

     Dah lah aku dah malas nak fikir. Banyak lagi masa. Lagipun banyak lagi benda aku kena fikir sekarang ni. Forum BI, homework, exam and homework lagi. Okey memang banyak homework. Aku asyik fikir jer. Buat tak jugak. Aku nak cuti..

No comments: