#ForeverUntitled1

Even if I'm short, there is still the way to tell people that I'm high.
      Hai korang! Ini entry yang tak penting kalau korang tak nak baca pun takpe. Aku tak paksa. Aku ingatkan aku nak update blog masa hari Ahad hari tu. Tapi hari ahad aku terlalu sibuk. Homework punya hal weh, memang tak boleh nak elak. Salah aku jugak siapa suruh buat last minute.

      Actually aku takde benda penting pun nak cite kat sini. Aku tahu aku dah bagi tahu kat atas aku saja cakap lagi biar korang bosan  XD Aku selalu sangat tidur lambat beberapa hari ni. Aku sibuk gileeerrr babeng *intonasi macam budak darjah 6* Disebabkan aku selalu tidur lambat entah tak tahu macam mana pagi tadi aku boleh mengigau. Mula-mula mak aku kejutkan aku macam biasalah sebab kena pegi sekolah. Mak aku cakap, aku bangun pergi bilik air lepas beberapa saat aku keluar. Then, masuk bilik balik. Even mak aku tanya aku kenapa tiba-tiba keluar pun aku tak jawab.

      Lepastu dalam pukul 6.45 mak aku kejutkan aku balik. Hua.. dah nak dekat pukul 7.00. Tapi bila aku bangun dan sedar tu otak aku terasa macam confuse sikit. Sebab aku rasa aku dah bangun tadi kenapa aku ada dekat atas katil balik. Adakah yang tadi itu cuma mimpi? Tapi sebab dah lambat punya pasal aku malas nak tanya dekat mak aku dengan lebih lanjut. Aku tak sarapan tau pagi tadi T.T Pastu aku terus jalan pegi sekolah. Eh wait, pagi tadi aku tak jalan aku lari dari rumah sebab takut kena tahan.

      Lepas perhimpunan ada perjumpaan untuk pengawas. Sebenarnya aku malas nak tunggu lepas perhimpunan sebab lepas perhimpunan ad subjek subjek sejarah. Bukannya aku cinta mati kat sejarah tu cuma aku takut dengan cikgu yg ajar. Tapi aku pegi juga :(. Yang tak bestnya aku kena marah sebab aku tak halau murid-murid keluar dari kelas dekat Blok B (bukan block B yang ugagaga ugaggaga tu) masa perhimpunan. Aku datang sekolah pun 1 saat sebelum perhimpunan start. Macam mana aku nak halau diorang.

      Lepastu Ketua Pengawas tu tanya aku ada tak ahli kumpulan aku yang buat hal. Sebenarnya aku nak cakap tapi aku macam tak sampai hati. Ahli kumpulan aku kebanyakan budak form3. Kami pulak kena jaga dekat Blok B semua dekat blok tu kelas form 5. Tadi pun aku kena marah dengan guru pengawas masa rehat sebab ada murid dalam kelas. Masalahnya tadi aku dah halau. Rasanya lepas aku pergi halau murid dekat kelas lain, diorang masuk balik. Best pulak timing guru pengawas tiba-tiba lalu dekat situ. And yeah... Akulah yang dimarahi olehnya. Aku rasa macam ramai gila orang yang marah aku hari ini.

    Tapi aku takdelah sedih sangat sebab lepas aku masuk kelas semuanya aku rasa okey. Sebab bila dalam kelas aku macam berbeza sikit dengan masa aku bertugas. Aku rasa. Korang tak rasa? Maybe lah ada sikit perubahan. Sebab bila aku bertugas aku macam a bit annoying. Asyik2 marah orang. Halau orang keluar kelas. Marah pengawas yang tak buat kerja. Tapi aku rasa diorang tak takut pun. Bila dalam kelas aku tak selalu marah orang pun. Kalau ada mungkin aku stress atau aku betul2 rasa tak puas hati. Tapi memang jarang sangat. Lepastu aku suka jalan sana sini cucuk pinggang kawan aku, pastu gelak-gelak. "Kalau boleh aku nak stop jadi pengawas". Right dah banyak kali aku cakap ayat tu!

Biarlah... Aku dah malas nak ambil kisah pasal semua ni. Aku just akan buat :) So Khalilah kau kena bertahan okey. Ini tahun terakhir! Hwaiting!

Cuti cepatlah cuti :D



ekekeke hyun soo ngan dongsoeng dia comel :D
nae namja jeongmal kyeopta :)

No comments: