Isnin


Annyeonghaseyo :D

   Yeay... aku rasa lega sebab aku rasa satu beban yang aku tanggung dah pun dilepaskan. Kay. aku tahu korang tak paham. Sebenarnya aku dah selesaikan ujian lisan. Kitorang diminta untuk buat forom untuk ujian lisan ni. Overall aku rasa semua orang okey. Walaupun ada lah sikit-sikit gagap tapi benda tu normal. Kalau tengok dekat pertandingan forum pun ada yang tersasullah, gagaplah.. Cuma kalau orang tu profesional dia bolehlah cover cover sikit kesalahan dia.

 Ayat cikgu bila aku dengan kumpulan aku habis buat ujian lisan:

Cikgu: Bagus pun! Kena paksa baru boleh buat yer?
Me: hehhehhehe x)

   Kitorang dapat  berlatih dekat skolah skejap sebab cikgu Bio tak datang. Tapi yang peliknya aku rasa aku nampak cikgu bio aku masuk tandas masa rehat. Lepastu masa BM pun aku nampak cikgu bio lalu depan kelas aku. Kenapa diorang cakap cikgu tak ada? Apa semua ni? Takkanlah aku rindu sangat dekat cikgu tu sampai gila bayang. Petunjuk untuk suruh aku siapkan nota bio kut. Masalahnya aku malas gila sekarang ni.

   Tak kisahlah berapa markah ujian lisan yang akan cikgu bagi. Yang pasti aku dah buat dan aku tak nak fikir dah. Lepasni forum BI pulak.. Tapi untuk kali ni aku jadi panel jer. Kalau BI aku tak reti sangat. Cakap BI pun sepatah sepatah. Ada hati nak jadi chairman. Homework pulak banyak lagi sebab masa sabtu dengan ahad aku tak siapkan apa-apa homework pun. Like I care lah sangat kan :P Baik aku tengok hello baby daripada stresskan minda aku dengak kerja-kerja yang minumbun ni. Bye bye bye

hehehehe... homework?

No comments: