Pawn

Askar botak :D

AMARAN: ENTRY INI SANGAT PANJANG

Annyeonghaseyo!

     Sepatutnya sekarang aku siapkan sivik dengan add math. Tapi aku rasa macam malaslah sebab sivik bukannya penting pun lagipun aku tak tahu kena buat apa sebab minggu lepas aku ponteng kelas sivik *kantoi* Add math pulak cikgu tu nampak macam tak kisah kalau student tak siap homework so aku pun *mood malas diaktifkan*

    Untuk pengetahuan korang tempat bertugas dengan ahli kumpulan untuk pengawas bertugas dah tukar. YEAYY!!!  Aku sekarang jaga pagar weh! ceh, macam takde kerja lain kau nak buatkan Khalilah. Tak, sebenarnya aku bertugas dekat pagar kecil sekolah. Motif aku bertugas dekat sana adalah untuk menghalang murid masuk kelas waktu rehat. Ececece.. skema pulak aku hari ni.

     Sekarang aku dah tak payah nak halau murid keluar dari kelas bila waktu rehat. Dulu aku rasa menyampah dan tak suka bila waktu rehat sebab kena bertugas tapi sekarang ada la tak suka sikit sikit.. Siapa yang suka bertugas? Kau suka? Kalau kau suka kau tak normal. Tapi aku rindu jugak dengan ahli-ahli kumpulan aku yang lama-lama tu. Walaupun diorang macam entah apa-apa tapi diorang tetap hormat aku. *rasanya* 

    Satu benda yang aku rasa macam dowwwwwwnnnnn gila bila aku dapat tahu nama kumpulan aku PAWN GROUP... eit! sebut betul betul okey, pawn! bukannya porn! Siapa sebut salah aku cekik kang! Korang tahu ke pawn tu apa. Kalau tak tahu sila scroll ke atas dan tenung gambar tu lama lama. Kalau orang yang main chess tahulah. Aku tak main pun. Aku tak sure apa maksud pawn dalam bahasa melayu. Nanti aku cari yer. konon.. homework pun tak buat..

   Apa yang menyebabkan aku rasa down sangat? Kalau kumpulan lain semuanya nama glamour glamour. Contohnya, Prince, Princess, King, Majesty, Royal and bla bla.. konon diraja lah sangat. Pastu bila part aku. Pawn group... aku macam =,= Korang dah tak tahu nak letak nama apa dah ke? Pawn? PAWN? PAWWWNNN? Seriously? Benda yang aku panggil sebagai askar botak bila main chess. Kalau pawn mati dalam chess game orang macam tak kisah jer. pawn tak penting. Aku cakap macam aku jelly kan. Memang pun, aku jelly. Kalau dia letak nama kumpulan aku Bishop ke, aku takdelah kisah sangat.

   The best part is bila Timbalan Ketua Pengawas tu tiba-tiba rajin nak bercerita kenapa nama kumpulan aku pawn. Dia cakap Ketua Pengawas namakan kumpulan aku pawn sebab aku kecil sangat. Jadi sesuailah dengan Pawn. Huh? Aku tak tahu nak cakap apa masa tu. Selalunya bila aku marah aku akan bagi respon tapi masa tu aku speechless. Aku tunjuklah jugak muka menyampah dekat dia  supaya dia rasa dilayan. Lepastu aku buat macam tak kisah dengan cerita dia. Aku salin je nama-nama ahli kumpulan aku. 

    Dalam hati aku masa tu.. aku adalah rasa sedih jugak. Salah ke aku jadi rendah. Bukan aku yang mintak lahir jadi rendah. Sampai kau buat kerendahan tu menjadi punca korang merendahkan rendahkan aku. Kalau orang lain mungkin dia rasa cerita di sebalik nama group aku kelakar. Tapi bagi aku. it's hurt much inside. It's not like this was the first time people make fun of my height but this time it's just too much. Aku rasa kali ni dah tak kelakar bila diorang buat lawak macamni.   

     Kadang-kadang aku harap dia dapat rasa macam mana jadi rendah. Walaupun sehari aku tak kisah. Lepastu aku nak tanya. Kau suka tak? Kau suka tak bila orang tak percaya yang kau boleh buat semata-mata sebab kau rendah? Kau suka tak bila ada orang tak pernah nak bagi peluang dekat kau? Kau suka tak bila kau rendah semua orang ingat kau lemah. Macam semua benda kau tak boleh buat. Bila kau rendah, semangat kau akan tiba-tiba jadi rendah. Semuanya.. semuanya jadi rendah. Kau suka kan? *sigh* Kejam sangat ke  bila aku harap macam ni.

   Apsal aku tiba-tiba emo ni? huahuahua. Kalau aku marah dia depan-depan takdelah aku membebel dalam blog aku macam ni. Sorry ok :D  Lagipun masa diumumkan kumpulan baru tadi orang lain macam tak kisah. Aku rasa diorang tak tahu pawn tu apa kut. Tak main chess la teewww. hahaha.. Kalau aku bukan ketua mesti nama kumpulan aku bukan Pawn kan *sigh*tapi dalam kumpulan aku ahlinya semuanya besar besar weh. Ada form 3 tu tinggi gila. Masa mula-mula  Aku nak tegur pun tak berani. Lepas dia cakap dengan aku dulu baru aku berani nak marah dia kenapa tak pakai blazer :P Ngeee~

   Sekarang aku dah tak sedih dah. Bila aku fikir balik dalam  permainan chess Pawn bukannya teruk sangat. Memamg orang anggap pawn tak penting. Tapi pawn berani. Sebab Pawn yang berada di bahagian hadapan. Bila game mula, pemain akan gerakkan pawn dulu. Kalau pawn tu berjaya sampai dekat hujung board dia boleh tukar jadi bishop, knight, castle or queen. Cool kan. Pawn kena berusaha baru dia boleh ubah nasib dia. Okey! aku rasa macam aku dah mula berfalsafah di sini. Baiklah! aku akan stop sebelum aku muntah halimunan.

Aku patutnya buat 'something' yang lagi penting sekarang ni. Bye

3 comments:

리야나 said...

alololo~ pawn comel ape macam kelly ._.

Khalilah said...

aaa~ molla~molla~molla~

리야나 said...

michin '~'