Penat, Penat, dan Penat


     Bila aku dah sebut tiga kali... aku memang betul-betul serius! Terus terang memang tak banyak benda yang aku buat pun minggu ni.. Tapi aku penat bila kena fikir masalah yang aku selalu dapat. Aku selalu kena tegur dengan exco pengawas sebab ahli kumpulan aku selalu buat masalah. Dan aku pulak disalahkan sebab kenapa tak marah diorang.. Like seriously, aku dah banyak kali tegur.. kenapa tak pakai blazer? kenapa tak bawa buku laporan? kenapa pergi rehat awal sangat? kenapa sembang masa bertugas? Eh wait.. patutlah diorang takde effect.. Aku bukannya tegur diorang, aku macam tanya diorang jer.. Babo~

    Nasib baik esok sabtu... Huh! Kalaulah aku boleh cakap macamtu.. padahal esok jadual aku pack ibarat wakil rakyat okey.. Pagi ada merentas desa. Lepastu ada perbincangan forum untuk PLBS sampai pukul 3 petang Then aku tusyen dari pukul 4 petang sampai 7.15 Sebab ada 2 kelas.. That's why lama gila T.T. Dahlah kitorang kena present forum hari Isnin. Kan dah tahu betapa banyak pressure yang aku dapat sekarang ni. Homework dah la berlambak. Serenokkan jadi budak SPM ni =,=

    Kalau nak tukar waktu forum jadi hari lain. Dah tak boleh sebab kawan-kawan aku yang lain semuannya sibuk. Kawan O tu sibuk dengan persiapan pertandingan Aeroangkasa.. then siap cakap hari ahad dia tusyen dekat KL. Kawan aku yang T pulak siang malam asyik tusyen jer. Just M tu jer yang tak sibuk. Tapi aku tetap nak salahkan dia sebab masa cikgu bagi tau dia nak kumpulan siapa yang buat Hari Isnin. Cikgu cakap dia nak kumpulan M. Kekeke. semua nak salahkan orang.. Kalau aku paksa diorang bincang forum ni awal-awal aku rasa aku takkan hadapi masalah macam ni tau... TOT

Menyesal menyesal menyesal menyesal dan aku lapar sekarang ni.

No comments: