Senior vs Junior


Annyeonghaseyo yoerobun~

    Aku baru balik dari sekolah sebab ada kokorikulum. Penat woh kawad. Padahal practice senang diri ngan luruskan baris jer. Huahuahua... 

     Dah pastilah semua orang pernah jadi junior dan satu hari semua orang pun akan jadi senior. Macam aku lewww :P Tapi aku tak nampak pun macam senior. Biasalah, aku kan awet muda. (sebenarnya tak sanggup nak cakap diri sendiri pendek)

    Bila dekat sekolah Malaysia aku ingat pangkat senior-junior ni takdelah penting sangat macam sekolah yang dekat korea atau pun jepun *bajet skolah kat korea lah* Tetapi ada sesetengah senior, diorang tetap akan marah walaupun kesalahan yang junior tu buat takdelah besar mana pun pada pendapat akulah. 

    Tapi kalau korang rasa tak puas hati.. cakap ajelah elok-elok dengan junior tu. Tanya dia kenapa dia buat macam tu. Emmm.. tapi memang takkanlah kan.. sebab kalau aku kenal dengan junior tu baru aku bercakap dengan dia. Kalau aku tak kenal aku hiraukan jer.. Lantak kau lah nak bawak ipad harga berjuta-juta ker, pakai baju ala-ala nak pegi Anugerah Skrin ke. 

     Sebab aku jenis orang yang tak kisah dengan life orang yang aku tak kenal.(Kecualilah kalau pasal artis k-pop.Itu memang aku akan jadi stalker nombor 1) Kalau aku nak kutuk tu, aku kutuklah jugak.eemmm, aku pun manusia biasa tapi takdelah nak kutuk teruk teruk, sekejap tu jer.aku takdelah nak bawak2 benda tu lama-lama. sampai nak tulis dalam bloglah, twitterlah dengan segala bagai lamam sosial yang kau ada ibarat orang yang kau kutuk tu popular sangat.. 

    Aku rasa junior takdelah teruk sangat. Aku pun pernah jadi junior jugak okeh. Tapi masa aku jadi junior aku memang baik. :P Takde pun orang kutuk-kutuk aku kut.. Takde kut.. kan takde! takde! Aku bukannya terkenal sangat dekat sekolah so kalau aku buat benda jahat pun memang takde sape kisah. hihihihi 

    Some of junior memang aku akui ada sebahagian yang sedikit kurang ajar. Bila nampak kakak senior yang suka mengarah sana mengarah sini.. mulalah diorang memuji kakak kakak senior tu dengan perkataan kesat. Sampai aku tak tahu bahasa apa yang diorang sebut. Kalau aku, aku akan cuba bersabar tapi kalau time tu mood memang tak berapa okey aku akan menamatkan riwayat junior tersebut. huahua.. takdelah tipu jer :P

   And yeah! Kalau korang senior act lah macam senior. Jangan nak berlagak sangat sebab bila korang keluar dari sekolah lepastu masuk Universiti or Kolej... Pangkat korang akan gedebuk jatuh.. then jadi junior yang paling junior. Senior tak semestinya tegas. Kalau aku, aku prefer senior yang friendly dengan junior. 

    And for those who junior, hormatlah sikit senior korang, walaupun senior korang takdelah sebagus atau sepandai mana tapi diorang tetap berhak dihormat. Sebab diorang dah tua :P eh, maksud aku sebab diorang lagi tua dari korang. Ikut ajelah cakap diorang tuh. Sebab satu hari yang junior tetap akan jadi senior. And yang senior tu akan tukar jadi junior dekat tempat lain.

Okey yer.. jangan nak gaduh-gaduh. Watlek sudah..Cukuplah tu aku membebel. Aku penat sangat. Aku rasa aku nak tidur sekejap sampai pukul 3 sebab pukul 4 ada tusyen.. ahhh~ malasnye! BYE

No comments: