Heee~

comel   

    Hai. Assalamualaikum. Mesti semuai orang dah tidur sekarang ni. Tinggal aku jer yang mata tak reti-reti nak lelap. Tadi aku tengok Shut Flower Boy Band... Myung Soo berlakon. Memang tak menyesal aku download drama tuh. Cuma last dia tak macam yang aku sangkakan. Aku ingat mungkin diorang akan sama-sama  popular dalam Eye Candy (nama band diorang) tapi tak. Diorang semua ikut hala tuju sendiri. Sebab tujuan utama band Eye Candy ditubuhkan sebab friendship bukannya sebab diorang semua minat music. Jadi Ji Hyuk, leader eye candy suruh diorang semua jujur dengan impian diorang.

     Aku tak sangka ending jadi macam tu. Hyun soo jadi Star. Dia ada adik perempuan. Comel duh tengok cara dia layan adik perempuan dia. And tak sure ending Hyun Soo dengan Ye Rim macam mana. Diorang nampak rapat tapi takdelah cakap yang diorang couple pun... tapi diorang rapat.. aku rasa jealous T.T Sebab diorang berdua cute sangat...

     Banyak pulak aku cite pasal Shut Up Flower Boy Band. Weh, aku excited sangat tengok ultimate bias aku berlakon. Aku nak L berlakon drama lain pulak... :3

Bye. Nak tidur!

 

Simsimi

 

Annyeonghaseyo~

   Aku takde benda penting pun nak cakap. Tadi aku menghabiskan masa fangirling, tengok drama korea pastu fangirling lagi sampai dah tak tahu nak buat ape dah. Aku rasa macam semua benda aku dah buka. So tiba2 terdetik dalam hati aku nak buka Simsimi.

   You know what is Simsimi? Aku rasa semua orang dah tahu kut. Kalau tahu bagus! Yang tak tahu sila ambil buku nota Biologi dan salin apa yang aku nak cakap ni. Simsimi ialah satu application yang membolehkan kita berbual dengan robot. Dah salin? Simsimi ni lebih kurang macam cleverbot lah. Cleverbot.. Cleverbot pun tak tahu? Cleverbot tu macam Simsimi. Simsimi macam Cleverbot.lalalala..

    Kita boleh berbual dengan simsimi guna apa-apa bahasa pun. Tapi kenalah setkan dulu. Sebab simsimi tak macam cleverbot. Kalau cleverbot automatik ikut bahasa yang kita reply. Ada sekali Cleverbot tiba2 cakap Bahasa Jepun dengan aku. Nasib baik aku reti Bahasa Jepun xD kekekeke. Benda yang aku suka dekat simsimi ni sebab simsimi tahu sedikit sebanyak pasal k-pop. Look apa dia balas bila aku tanya dia pasal K-pop.

Dia setuju L aku punya :P

Dia ejek DaeSung!
    Nampak ke? Kalau tak nampak tak payah baca. Nanti sakit mata :P. Simsimi yang binatang comel warna kuning. Aku plak yang orang warna biru tu. Sesiapa yang berminat nak cuba bersembang dengan Simsimi nah pegi simsimi.com  Kalau cleverbot pulak dekat cleverbot.com

   Peringatan. Application ni laman chat dengan robot. Jadi kadang-kadang dia akan balas benda yang melalut sikit.

Bye.. See you guys in next post :)

#HappyLKimDay

alololol.. comelnyer~

   Aku baru sembuh dari demam.. alahai..sedihkan demam waktu cuti. Aku suka lagi kalau demam waktu hari sekolah. At least dapatlah ponteng sehari dua. Kalau demam waktu cuti ni cuma menggangu aktiviti cuti aku jer.. lalala.. banyak sangatlah kan aktiviti tu :P

      Patutnyer malam tadi aku sama-sama trend sekali #HappyLKimDay dengan #HappyLDay. Tapi malam tadi aku kena tidur awal. Dush! Ni semua sebab demam punya pasallah >,< Dengar cite dapat trending worldwide eh? Macam mana lah aku boleh terlepas saat-saat yang bermakna tu.. ecececece. Macam L tak pernah trending worldwide jer :P

   Aku tak surelah entry ni pasal aku demam ke ataupun pasal birthday L. Tapi yang penting aku suka L. Suka sebagai fan yer.. sebab L kan first ultimate bias aku. Aku tahulah sebelum ni aku cakap dekat semua orang L boyfriend aku lah, soulmate aku lah, suami lah.. ape-ape ntah aku cakap. Tapi itu semua aku main-main je.. Mulai sekarang aku akan baiki sikit bahasa aku sebab aku cuma L's fan. Tak lebih pun dari tu. Aku kena terima kenyataan dan jadi lebih matang.T.T Tak sukalah cakap pasal realiti~ Apa-apa pun.. saengil cukhahamnida Myung Soo oppa :D

Yes! yes! definitely yes! xD 
Note: GIF not mine

Khalilah Aisyah

   
  Okey macam batak jer letak nama sendiri jadi title entry. Tapi nak buat macam mana? Memang entry kali ni ada kena mengena dengan nama aku. For those yang tak tahu lagi, yang malas sangat nak mengalihkan anak mata korang dekat section about me sebelah tu, nama sebenar aku KHALILAH AISYAH BINTI HASAN. Hambik kau sume aku bagi caps lock.

     Aku baru check dekat dalam buku maksud-maksud nama tu maksud nama aku ialah sahabat setia penawar hati. Lepas jumpa aku aku tergelak gelak. LOL kelakar kut. Yang tang sahabat setia tuh, aku memang tak tahu sejauh mana kesetiaan aku dekat kawan aku. Kalau nak tahu pi tanya diorang. Lepastu Penawar hati plak... kahkahkah XD Racun hati ada lah!

     Dah dah stop pasal maksud nama aku dekat situ. Tapi sebenarnya panggilan untuk nama aku ni banyak. Ada panggilan yang diiktiraf oleh aku ada yang tak.. Kalau dekat rumah parents dengan adik beradik aku panggil aku ilah. Ini nama yang diorang panggil aku masa kecik. Konon nama timangan, nama manja-manja atau sewaktu dengannya..haha XP. Sekarang parent aku dah jarang panggil aku ilah. Selalunya diorang akan panggil aku Khalilah. Tapi kalau parents aku tengah marah dekat aku diorang akan panggil nama aku sepenuh-penuhnya tanpa berhenti pun. Nama ilah ni diiktiraf dengan rasminya oleh aku tapi cuma boleh dipanggil oleh family aku yer. Korang jangan nak mengada panggil aku dengan nama tu sebab aku rasa macam awkward weh..

   Kalau kawan aku pulak... alalala malas pulak nak bagi tahu part ni. Sesetengah kawan aku panggil aku kelly. Sebelum korang cakap apa-apa baca dulu apa aku tulis. Jujur aku cakap aku tak pernah suruh diorang panggil aku dengan nama tu sebaliknya lagi aku halang diorang panggil aku Kelly. Benda ni start since aku darjah 6 lagi dan sampai sekarang ada jugak yang panggil aku kelly. Aduhai, bukannya budak dalam kelas aku jer, junior2 aku.. tak habis-habis panggil kak Kelly. Senior aku, haritu aku ada jumpa dia dekat KFC boleh jer dia panggil aku kelly depan public weh, depan orang ramai... Tak pasal pasal nanti orang cop aku minah melayu perasan mat saleh. Bila aku tanya sesetengah kawan aku kenapa panggil aku kelly. Diorang jawab kelly senang sikit nak sebut kalau khalilah panjang sangat lah.. Alasan tak munasabah okey. L panggil aku Khalilah dalam mimpi ok jer :P

   Sekarang ada pulak yang genius sangat boleh letak singkatan pulak dekat nama aku Khalilah Aisyah jadi Khalisyah. Ini mulanya cikgu add math aku tahun lepas. Aku rasa dia confuse dengan nama aku sekali dia terpanggil aku Khalisyah. Aku pun macam O.o Great! Aku dapat nama baru lagi. Nama tu masihlah.. ada la sikit sikit masih melekat dekat aku. Classmates aku panggil aku Khalisyah bila diorang nak bergurau senda dengan aku jer. Aku takdelah marah sangat tapi kena tunjuk marah jugak barulah orang yang sakat aku tu terasa dihargai. XP

   Aisyah? jarang orang panggil aku Aisyah. Aku pun tak berapa biasa sangat bila orang panggil aku Aisyah. Sebab ramai orang yang nama Aisyah. Nama tu terlalu umum jadi cikgu cikgu cuma panggil aku Khalilah. Kadang kadang orang tak tahu pun nama belakang aku Aisyah sebab dekat name tag aku, tertulis Khalilah jer.

     Aku ada soalan. Nama aku complicate sangat ke untuk di sebut? Haish~ susah susah mak ayah aku fikir nak letak nama apa dekat sorang sorangnya anak perempuan diorang, korang senang senang jer ubah ubah nama aku. How dare you

Lupa plak nak cakap. Happy holidays and have fun doing your homework! (Heh.. macamlah aku buat homework kan) Pyoong~