Khalilah Aisyah

   
  Okey macam batak jer letak nama sendiri jadi title entry. Tapi nak buat macam mana? Memang entry kali ni ada kena mengena dengan nama aku. For those yang tak tahu lagi, yang malas sangat nak mengalihkan anak mata korang dekat section about me sebelah tu, nama sebenar aku KHALILAH AISYAH BINTI HASAN. Hambik kau sume aku bagi caps lock.

     Aku baru check dekat dalam buku maksud-maksud nama tu maksud nama aku ialah sahabat setia penawar hati. Lepas jumpa aku aku tergelak gelak. LOL kelakar kut. Yang tang sahabat setia tuh, aku memang tak tahu sejauh mana kesetiaan aku dekat kawan aku. Kalau nak tahu pi tanya diorang. Lepastu Penawar hati plak... kahkahkah XD Racun hati ada lah!

     Dah dah stop pasal maksud nama aku dekat situ. Tapi sebenarnya panggilan untuk nama aku ni banyak. Ada panggilan yang diiktiraf oleh aku ada yang tak.. Kalau dekat rumah parents dengan adik beradik aku panggil aku ilah. Ini nama yang diorang panggil aku masa kecik. Konon nama timangan, nama manja-manja atau sewaktu dengannya..haha XP. Sekarang parent aku dah jarang panggil aku ilah. Selalunya diorang akan panggil aku Khalilah. Tapi kalau parents aku tengah marah dekat aku diorang akan panggil nama aku sepenuh-penuhnya tanpa berhenti pun. Nama ilah ni diiktiraf dengan rasminya oleh aku tapi cuma boleh dipanggil oleh family aku yer. Korang jangan nak mengada panggil aku dengan nama tu sebab aku rasa macam awkward weh..

   Kalau kawan aku pulak... alalala malas pulak nak bagi tahu part ni. Sesetengah kawan aku panggil aku kelly. Sebelum korang cakap apa-apa baca dulu apa aku tulis. Jujur aku cakap aku tak pernah suruh diorang panggil aku dengan nama tu sebaliknya lagi aku halang diorang panggil aku Kelly. Benda ni start since aku darjah 6 lagi dan sampai sekarang ada jugak yang panggil aku kelly. Aduhai, bukannya budak dalam kelas aku jer, junior2 aku.. tak habis-habis panggil kak Kelly. Senior aku, haritu aku ada jumpa dia dekat KFC boleh jer dia panggil aku kelly depan public weh, depan orang ramai... Tak pasal pasal nanti orang cop aku minah melayu perasan mat saleh. Bila aku tanya sesetengah kawan aku kenapa panggil aku kelly. Diorang jawab kelly senang sikit nak sebut kalau khalilah panjang sangat lah.. Alasan tak munasabah okey. L panggil aku Khalilah dalam mimpi ok jer :P

   Sekarang ada pulak yang genius sangat boleh letak singkatan pulak dekat nama aku Khalilah Aisyah jadi Khalisyah. Ini mulanya cikgu add math aku tahun lepas. Aku rasa dia confuse dengan nama aku sekali dia terpanggil aku Khalisyah. Aku pun macam O.o Great! Aku dapat nama baru lagi. Nama tu masihlah.. ada la sikit sikit masih melekat dekat aku. Classmates aku panggil aku Khalisyah bila diorang nak bergurau senda dengan aku jer. Aku takdelah marah sangat tapi kena tunjuk marah jugak barulah orang yang sakat aku tu terasa dihargai. XP

   Aisyah? jarang orang panggil aku Aisyah. Aku pun tak berapa biasa sangat bila orang panggil aku Aisyah. Sebab ramai orang yang nama Aisyah. Nama tu terlalu umum jadi cikgu cikgu cuma panggil aku Khalilah. Kadang kadang orang tak tahu pun nama belakang aku Aisyah sebab dekat name tag aku, tertulis Khalilah jer.

     Aku ada soalan. Nama aku complicate sangat ke untuk di sebut? Haish~ susah susah mak ayah aku fikir nak letak nama apa dekat sorang sorangnya anak perempuan diorang, korang senang senang jer ubah ubah nama aku. How dare you

Lupa plak nak cakap. Happy holidays and have fun doing your homework! (Heh.. macamlah aku buat homework kan) Pyoong~

No comments: