Murid dan Kelas Tambahan

Awww.. comelnya. Kalau dapat satu mesti best!

Annyenghaseyo!

      Ewahhh.. tajuk entry aku ni memang tak boleh nak skema lagi ke? lol. Dahla gambar entry takde kena mengena dengan tajuk. 

     AKU BENCI KELAS TAMBAHAN. Nah hambik aku bagi caps lock. Untuk first week for holiday sekolah aku ada buat kelas tambahan. Serius aku memang takde mood nak datang. Tapi... Urghhh.. mak aku takkan bagi aku ponteng. Sekolah lain pun mesti buat kelas tambahan. Entah, Kelas Tambahan ni dah macam jadi trend. Lagi2 untuk murid yang nak ambil peperiksaan penting.

    Patutnya waktu cuti ni bagilah murid2 rehatkan minda daripada sekolah. Asyik2 study jer. Penat tau tak. Macamlah aku belajar sangat dekat skolah. Dahla nak kena bangun pagi.. malas.. And waktu cuti kantin skolah tak bukak. Cikgu cakap boleh bawak bekal. Tak kuasa aku nak bawak bekal. Leceh...

   Yang paling aku tak setuju. Kenapa kena pakai uniform sekolah? Aku tak tahu apa motif pegi kelas tambahan pakai baju sekolah. Kay aku tak kisah kalau kena ikut peraturan sekolah. Murid tak boleh pakai baju biasa pegi sekolah. Tapi kan.. Baju sukan sekolah kan ada. Kenapa tak bagi murid pakai baju sukan jer. Aku ni dah la tergolong dalam spesis yang malas nak gosok baju sekolah.

    Bukannya nak cakap Kelas Tambahan ni tak bagus. Benda ni memang bagus lagi2 untuk budak yg malas study... but, gunalah cara berbeza macam. Instead of buat kelas tambahan dekat skolah, cuba try buat kelas tambahan dekat tempat lain. Memandai jer aku ni.okey, Aku cakap macam sekolah tu suami aku punya jer... kekekeke

Dahlah. Kalau aku tulis entry panjang2 pun macamlah kelas tambahan boleh cancel. 
Bye...

Apalah nak jadi dengan aku sekarang ni~


   
   Patutnya aku tengah study add math sekarang ni. Tapi aku tak boleh, aku tak reti nak buat soalan dalam buku latihan. Aku study tapi aku tak dapat nak fokus. Soalan yang aku buat pun boleh dibilang. Tapi itu bukannya aku buat sendiri, aku tengok jawapan. Huh.. entahlah..

   Aku takut kalau markah aku jatuh. Aku rasa susah nak kekalkan markah yang aku dapat masa exam akhir tahun lepas. Aku tak yakin nak buat paper add math esok. Kadang-kadang rasa menyesal pulak sebab tak study awal. Tapi dah lambat. Menyesal pun tak guna. Skarang baru aku tahu apa yang cikgu cakap betul. "Add Math tak boleh study last minute." Masalahnya tabiat aku yang study last minute tu memang tak boleh nak diubah.

    So now aku just duduk diam and melayan perasaan. Kawan aku yg tengah online pun aku tak layan. Sorry :( Aku tak nak cerita apa2 dekat kau sebab aku tahu kau tengah study. Aku tak nak kacau. Bilalah nak cuti ni. Exam is so depressing. Aku nak marah dekat Tamadun China sebab cipta sistem peperiksaan. eh, boleh pulak~ XP 

Dahlah.. aku nak tidur. Kalau berjaga bukannya aku study pun..
Cuti cuti cuti...cepatlah cuti~