Apalah nak jadi dengan aku sekarang ni~


   
   Patutnya aku tengah study add math sekarang ni. Tapi aku tak boleh, aku tak reti nak buat soalan dalam buku latihan. Aku study tapi aku tak dapat nak fokus. Soalan yang aku buat pun boleh dibilang. Tapi itu bukannya aku buat sendiri, aku tengok jawapan. Huh.. entahlah..

   Aku takut kalau markah aku jatuh. Aku rasa susah nak kekalkan markah yang aku dapat masa exam akhir tahun lepas. Aku tak yakin nak buat paper add math esok. Kadang-kadang rasa menyesal pulak sebab tak study awal. Tapi dah lambat. Menyesal pun tak guna. Skarang baru aku tahu apa yang cikgu cakap betul. "Add Math tak boleh study last minute." Masalahnya tabiat aku yang study last minute tu memang tak boleh nak diubah.

    So now aku just duduk diam and melayan perasaan. Kawan aku yg tengah online pun aku tak layan. Sorry :( Aku tak nak cerita apa2 dekat kau sebab aku tahu kau tengah study. Aku tak nak kacau. Bilalah nak cuti ni. Exam is so depressing. Aku nak marah dekat Tamadun China sebab cipta sistem peperiksaan. eh, boleh pulak~ XP 

Dahlah.. aku nak tidur. Kalau berjaga bukannya aku study pun..
Cuti cuti cuti...cepatlah cuti~

No comments: