Change


     
   "Masa aku sekolah rendah aku pendiam sangat ke?"

    Aku tanya seolah olah macam aku dah tak kenal diri aku sendiri. Kenapa diorang asyik cakap yang aku dah berubah. Aku rasa aku sama. 

   "Khalilah sekarang bising betul!"

   Aku tetap Khalilah Aisyah. Aku cuma rapat dengan kawan aku. Aku cuma boleh melawak dengan orang yang betul-betul aku kenal. Aku cuma boleh kacau kawan-kawan yang rapat dengan aku. 

    Kadang-kadang aku rasa orang lain tak tahu yang aku ni siapa. Dulu aku bukannya pendiam, tapi aku cuma selesa ada sama-sama  dengan orang yang rapat dengan aku. Kawan aku masa sekolah rendah memang sikit, boleh dibilang dengan jari. Aku pun tak berapa rapat dengan rakan sekelas aku. Aku tak pandai nak bercakap dengan orang yang baru aku kenal. Bila aku nak cakap pun, orang lain tak dengar pun suara aku. Jadi aku lebih memilih untuk diam daripada menyusahkan diri.

    Bila aku masuk sekolah menengah, aku terpaksa masuk kelas lain. Kelas yang tak sama dengan kawan yang rapat dengan aku masa sekolah rendah. Aku tak boleh hidup sorang-sorang. So sejak sekolah menengah aku cuba untuk jadi peramah. Aku buang rasa malu. Tapi takdelah sampai satu sekolah aku tegur. Itu bukan peramah tapi menggedik.

      Sekarang, entahlah. Aku selalu kena marah dengan kawan aku sebab bercakap kuat sangat. Ibaratnya kalau nak sembang benda rahsia-rahsia dengan aku, memang senang terkantoi. Aku selalu bagi alasan..

    "Bukan suara aku yang kuat, tapi kelas ni yang senyap sangat."


    Sampai kadang-kadang bila aku diam, orang selalu ingat aku sakitlah, moody lah, hormon tak stabillah. Sebenarnya aku takde apa nak cakap waktu tu. Aku malas nak bagi respon. Sebabtu lah aku diam. Aku sama je macam dulu. Cuma sekarang aku ada banyak benda nak cakap dekat kawan-kawan aku. Terlalu banyak aku nak cakap sebab aku dah tak tulis diari.. Cheiiitt! Okey perenggan ni ayat macam keling. Kekekeke... 

    Orang yang tak kenal aku mungkin akan cakap perangai aku dah berubah, tapi aku rasa tak, sebab aku kenal diri aku sendiri. :)

P/s: Bilalah adik aku nak stop bagi request cityville kat facebook. Semak tau tak! >,<