May 2013


    Okey, korang tak mengigau sekarang. Ya memang aku tengah mengupdate blog aku dan ini adalah post pertama aku dalam 2013. Hahahaha.. bagus kan aku. Maklum la.. aku ni terlalu sibuk jadi terpaksa meng-anak tirikan blog tersayang ni.. alolololo.. meh cium skit mmuah~ mmuah~ mumuah~ Sudah, kalau dibiarkan memang satu post ni aku merepek je. Oh, lupa pulak nak greet korang. Hai readers sekalian.. ewah macam ye ye je ade reader.. Aku rasa mesti blog aku ni takde sape baca dah. Takpe la.. lantak situ.

    Kalau nak cakap yang aku ni sibuk memang aku sibuk pun lol. okey okey sebenarnya aku tak buat apa apa pun kat rumah ni. Lepas aku stop belajar motor, aku memang dah tak keluar rumah. Jejakkan kaki kat tanah pun tak... memangla.. aku duduk rumah flat. Tapi aku takde la duduk2 je. Aku tolong jugak mak aku masak, basuh pinggan.. baik kan aku ni.. siapa yang berminat silalah datang meminang. Kalau nak adress, inbox kay *wink* Omagad Khalilah kau pehal gatal sangat ni~

     Rasanya mungkin sebab aku rindu sangat kat blog ni sbb tu jadi tak betul tu. Aku tengah bosan sangat sekarang ni. Kawan kawan aku tak online pun. Kalau nak fangirling aku rasa semua video aku dah tengok dah. Hahahaha.. Drama Korea yang aku download pun semua aku dah khatam. Yang Ongoing aku malas nak tengok sebab aku memang tak suka tunggu tiap2 minggu. Aku suka tengok marathon je. Sanggup 3 hari 3 malam tak tidur sebab nak habiskan drama. Kay tipu. Aku tak obses sangat macam tu. 

     Motif aku update blog hari ni just nak bagi tau yang aku masih bernyawa lagi dan untuk mengisi waktu aku yang tersangat lapang ni. Rasanya tak terlambat lagi kut aku nak wish korang.. Selamat Tahun Baru! Aku je yang special bagi wish new year bulan May. Okey la.. See you in the next post. Mungkin next post aku tahun depan lah kut. miahahahah :P


No comments: